Kit Siang dah nampak kekalahan Pakatan di PRU14

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang nampak macam gelabah setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan persempadanan semula bagi mengubah peta negeri tersebut.

Punya la cuak Kit Siang ni sampai dia umumkan kemungkinan bakal adakan dan akan mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Selangor.

Alasan yang dia bagi kononnya tak mahu tukar kuasa pentadbiran kepada UMNO… Maknanya dorang ni takut kalah pada UMNO.

“Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya umum 2013 dan berharap untuk menawan semula Selangor setelah gagal dalam pilihan raya ke-12 dan ke-13.

“Ini mahu dilakukan dengan pelanggaran paling mengaibkan serta terang-terangan prinsip demokrasi ‘satu orang, satu undi’ menerusi persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri Selangor,” jelasnya.

Sebenarnya dakwaan Kit Siang ni adalah dusta dan hanya bertujuan untuk memburukkan pihak lawan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim turut menafikan dakwaan pembangkang yang kononnya SPR berat sebelah dan mahu memberi kemenangan kepada pihak BN dan UMNO.

“Pada masa yang sama, SPR menerusi proses persempadanan semula ini akan membantu Umno untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat,” ujar Kit Siang.

Pembangkang ni sengaja nak semaikan minda yang kotor kepada rakyat…

Dorang nak bagi rakyat ragu-ragu dan bagi menampakkan yang BN dan UMNO sengaja buat begitu kerana konon mahu mengusai negeri tersebut dan telah menguasai SPR.

“Saya nak ulang balik, kalau kita boleh kuasai SPR, jangankan risau pada persempadanan semula, kita juga boleh menang pilihan raya,” kata Razali dengan sinis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s