Banjir bukti Guan Eng gagal di Pulau Pinang..

Kesian rakyat Pulau Pinang di bawah pemerintahan kerajaan DAP…. Setiap kali turunnya hujan di negeri itu, mereka terpaksa menghadapi banjir… Entah sampai bila rakyat Pulau Pinang perlu menghadapi semua ini.

Sebelum DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang…. DAP bukan main lantang lagi… Bukan main manis lagi menabur janji-janji kepada rakyat Pulau Pinang…. DAP berjanji semua masalah rakyat termasuk banjir yang berlaku di Pulau Pinang akan ditangani mereka.

Tapi, setelah 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang…. Kejadian banjir tetap berlaku selepas turunnya hujan…. Kerajaan DAP Pulau Pinang masih tidak menangani isu banjir ini… Mereka masih membiarkan masalah ini terus berlanjutan.

Yang paling menyedihkan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sering membanggakan dirinya konon-kononnya beliau merupakan pemimpin yang paling ‘berjaya’ diantara pemimpin-pemimpin lain…. Beliaulah merupakan Ahli Parlimen yang berjaya dan disanjung oleh rakyat.

Guan Eng sering mendakwa pentadbirannya adalah pentadbiran yang terbaik diantara pentadbiran yang ada dan sering menggesa pemimpin lain untuk mencontohi beliau.

Menjadi persoalan…. Benarkah Guan Eng merupakan pemimpin yang berjaya dan perlu dicontohi??? Sebenarnya Guan Eng memang GAGAL dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin…. Guan Eng gagal menjadi seorang Ahli Parlimen apatah lagi menjadi seorang Ketua Menteri.

Korang ingat Guan Eng ni bagus ke jadi Ahli Parlimen?? Korang tengok sajalah Parlimen Bagan yang disandangnya… Meskipun Parlimen Bagan dinaikkan dan dimajukan, Guan Eng tetap gagal apabila kawasan tersebut tetap ditenggelami air!!

Semua ini membuktikan bahawa Guan Eng gagal sebagai Ahli Parlimen Bagan apabila Kampung Malaysia, Mak Mandin yang terletak di Parlimen Bagan ditenggelami air pagi semalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s