Isu banjir kilat pun tak selesai, Guan Eng nak tipu rakyat lagi…

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berkeras untuk membina transit aliran ringan (LRT) memaklumkan, beliau mahu menjadikan negeri itu seperti Copenhagen yang menggalakkan rakyat bergerak menggunakan kenderaan awam berbanding kenderaan sendiri.

Rasa kelakar pula bila Guan Eng mengatakan beliau mahu menjadikan negeri itu seperti Copenhagen…. Pandai betul Guan Eng cari alasan untuk dapatkan ‘lampu hijau’ mengenai projeknya tu.

Bila Guan Eng berkata demikian, timbul pula persoalan, bolehkah Guan Eng jadikan Pulau Pinang seperti Copenhagen??

Adakah Guan Eng sudah mempelajari bagaimana negara itu mengurus kemudahan awam atau hanya sekadar memberi alasan bagi menyejukkan hati rakyat Pulau Pinang yang membantah projek LRT ini??

Banjir kilat di negeri ni pun tak mampu Guan Eng dan DAP selesaikan.., ada hati nak perasan Copenhagen kononn..

Guan Eng berkata, beliau mahu memperbanyakkan mod pengakutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), monorel dan sistem bas alihan cepat (BRT) di bahagian Pulau dan Tanah Besar kerana rakyat negeri itu memerlukan pemikiran yang baharu.

“Langkah yang paling efektif antaranya adalah menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih selesa daripada menggunakan kenderaan sendiri. Pulau Pinang memerlukan pemikiran yang baharu, antaranya untuk menggerakkan rakyat dan bukan lagi untuk menggerakkan kenderaan peribadi.

“Pada masa yang sama, kita (kerajaan negeri) wajar memberi ruang awam yang lebih bebas kepada rakyat, bukan lagi kenderaan,” kata Guan Eng.

Rasanya, tak perlu kot Guan Eng nak jadikan Pulau Pinang tu seperti Copenhagen…. Guan Eng tak payahlah nak bagi alasan apa-apa… Orang dah tahu tu semua alasan Guan Eng nak bina juga LRT.

Rakyat halang pembinaan ni bukan sebab tak mahukan kemudahan di negeri itu… Tapi rakyat Pulau Pinang tahu menghargai khazanah atau sejarah yang ada di negeri itu… Mereka tak mahu semua tu hilang gara-gara kerakusan Guan Eng tu!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s