Mahathir rela di liwat Anwar asalkan dendam tercapai..


Sebut sahaja nama Mahathir Mohamed, boleh dikatakan kebanyakan orang mengenali beliau.. Bukan saja didalam negara, tapi juga diluar negara nama bekas Perdana Menteri Malaysia ini menjadi sebutan.

Malangnya, selepas 22 tahun mengepalai kerajaan Malaysia, Mahathir seakan-akan mahu mengakhiri karier politiknya sebagai seorang yang membawa imej memalukan.

Dengan memilih untuk menentang kerajaan Barisan Nasional pimpinan Ds Najib Tun Razak, Mahathir kini semakin erat pula berpelukan dengan Pakatan Pembangkang.

Yang terkini, Mahathir kembali menjilat kahak hijaunya apabila memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Ini merupakan langkah terakhir Mahathir yang dilihat sangat terdesak.

Kenapa Mahathir sanggup berkerjasama dengan musuh politiknya sebelum ini? Kenapa Mahathir yang sebelum ini bertindak menyumbat Anwar ke dalam penjara menerusi isu liwat, kini mahu berbaik pula dengan Ketua Pembangkang tersebut?

Kenyataan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri itu yang memerlukan Pakatan Harapan, memang ada kebenarannya dengan kunjungan Mahathir ke mahkamah sebentar tadi bagi menyokong saman Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Malaysia.

Mahathir yang dikenali sebagai Perdana Menteri 10% di kalangan pembangkang pada zamannya kelihatan begitu terdesak meraih sokongan Pakatan Harapan bagi menumbangkan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kehadiran beliau dilihat ramai rakyat Malaysia sebagai usaha terdesak meraih simpati dan sokongan banduan tersebut, sejak 18 tahun lampau.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, Mahathir tidak pernah mengeluarkan permohonan maaf terhadap Anwar dan tidak pernah menafikan bahawa tangkapan dan pendakwaan ke atas Anwar suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang salah, silap atau bertentangan dengan etika dan undang-undang.

Sehingga kini Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti UMNO bukanlah suatu kesilapan.

Inilah bukti bahawa Mahathir memang ‘political animal’ yang sanggup berbuat apa saja demi hasrat peribadinya tercapai. Selepas Muhyidin dan Shafie Apdal dikorbankan, apakah kini Mahathir mahu ‘sembelih’ Anwar pula?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s