DAP adalah parti paling tak berguna dalam Pakatan.

Demonstrasi oleh Pakatan yang memperalatkan mahasiswa untuk benci kepada kerajaan di Dataran Merdeka baru-baru ini, menunjukkan bahawa reformasi jalanan semakin ketinggalan zaman.

Jika dahulu demonstrasi jalanan sebegini dianggap sebagai senjata ampuh oleh pembangkang bagi mendesak kerajaan didalam satu-satu isu, kini ianya dipandang sepi bukan saja oleh pihak kerajaan, malahan juga oleh rakyat keseluruhan.

Kita ambil contoh demonstrasi pembangkang baru-baru ini, dimanakah silapnya sehingga langsung tak mendapat sambutan serta langsung tidak diketahui kewujudannya oleh kebanyakan rakyat?

Hasil tinjauan mendapati, selain dari rakyat sudah muak dengan politik buang masa oleh Pakatan, ketiadaan Pas juga memainkan peranan penting didalam hilangnya sokongan terhadap demonstrasi jalanan pembangkang.

Siapa boleh nafikan sumbangan Pas didalam menggerakkan jentera penyebaran maklumat dan juga promosi terhadap satu-satu aktiviti yang dirancang oleh pembangkang sebelum ini? Jentera Pas terbukti sangat efisyen dalam menyebarkan propaganda bagi menarik minat rakyat untuk bersama mereka.

Tetapi oleh kerana kebiadapan DAP dan juga sikap besar kepala PKR dan juga PAN, kini Pakatan kehilangan elemen penting untuk mereka mencari sokongan rakyat melalui demonstrasi jalanan.

Penyokong serta ahli-ahli Pas terbukti sangat hebat serta rajin didalam setiap kerahan tenaga untuk menjayakan sesuatu program khususnya dalam hal-hal melibatkan demonstrasi.

Sumbangan Pas memang tidak pernah mengecewakan.. Tetapi DAP dengan bongkaknya menafikan sumbangan tersebut apabila melabelkan Pas sebagai parti yang paling tidak berkesan dalam Pakatan.

Sekarang terbukti parti manakah yang paling tak berguna didalam Pakatan. Demonstrasi hambar yang diketuai oleh DAP membuktikan mereka langsung tak berguna tanpa Pas.

Jika beginilah cara dan gayanya yang tinggal didalam kelompok politik pembangkang, DAP jangan mimpilah mahu menumbangkan kerajaan BN di Pru14 nanti.. Jangankan kata mahu tumbang, goyang pun belum tentu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s