Penyatuan politik UMNO dan PAS bermula di Terengganu.

Umno Terengganu sepatutnya berterima kasih pada PAS khususnya kepada Hadi Awang.. Kalau tak kerana Hadi yang sekarang ni lebih cenderung ‘menyokong’ Najib, Umno Terengganu confirm akan bergelora angkara Mat Said..

Sebelum ni, Umno Terengganu dilanda krisis kepimpinan kerana ramai dikatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Ahmad Razif.. Semua berpunca dari perebutan kuasa sehingga melibatkan pihak Istana.

Ahmad Razif dikatakan tidak disukai oleh Sultan dan kesempatan tersebut cuba diambil oleh pihak tertentu bagi ‘merampas’ kuasa pentadbiran negeri.

Maka bermula lah gerakan menjatuhkan MB yang dikepalai oleh Mat Said hinggakan ramai berpendapat jawatan MB Terengganu bakal bertukar tangan dan Pilihanraya Negeri bakal diadakan.

Mat Said diwar-warkan akan membawa usul tak percaya kepada MB di Dewan Rakyat. Malangnya, hasrat berkenaan dihalang oleh Hadi Awang dan PAS.

Keengganan Hadi Awang dan PAS menyokong usaha Mat Said dan konco-konconya untuk menjatuhkan MB menjadi punca utama usul tak percaya tidak dibawa ke hadapan.

Tindakan Hadi Awang dan PAS tersebut dipercayai kerana ‘ada persefahaman’ di sebalik tabir diantara PAS dan UMNO. Ini bukan lagi rahsia kerana ramai yang sedia maklum bahawa PAS kini lebih mesra dengan UMNO selepas keluar dari Pakatan.

Ini juga antara signifikan awal yang menunjukkan gabungan politik melayu bakal menguasai Pilihanraya ke 14 nanti bagi memecahkan dominasi undi cina yang kini kuat kepada DAP.

Apa yang terjadi di Terengganu ini juga harus dilihat sebagai permulaan kerjasama politik antara dua parti melayu terbesar demi survival bangsa melayu itu sendiri.

Jika dalam hal sebesar perebutan kuasa MB dapat diselesaikan secara aman seperti di Terengganu ini, cuba bayangkan persefahaman yang lebih besar bagi mengekalkan kuasa politik melayu di PRU 14 nanti.

Pastinya DAP akan gigit jari dan Mahathir akan menangis sendiri melihat UMNO dan PAS akhirnya mampu duduk semeja demi ukhwah Islam di Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s