Ali Abd Jalil bangga jadi pelarian yang membangsat di Sweden.

Selepas passport antarabangsa dua ekor manusia biadap Alvin Tan dan juga Ali Abd Jalil dibatalkan oleh pihak Imigresen Malaysia, makin teruk penyakit mental dua individu terbabit didalam laman sosial facebook.

Status terbaru Ali Abd Jalil didalam Facebooknya telah memuatnaik gambar sekeping kad yang didakwa kad asylum, iaitu kad untuk pelarian antarabangsa. Maknanya sekarang, si Ali Abd Jalil ni merupakan seorang pelarian yang sedang membangsat di negara luar tanpa diiktiraf oleh kerajaan negara sendiri.

Ali Abd Jalil dengan bangganya menunjukkan bahawa dia dah menjadi pelarian di Sweden dan kononnya dia tak tertakluk dengan sebarang undang-undang di Malaysia. Dan budak melayu biadap tu dengan berlagaknya kutuk negara sendiri dan Sultan yang pernah berjasa pada seluruh kaum keluarga dia.

Pada budak tu, Malaysia adalah sebuah negara yang bangsat ditadbir oleh Umno dan Sultan. Sebab tu lah Ali Abd Jalil malu untuk mengaku dia orang Malaysia dan juga berbangsa melayu. Jadi dengan kad pelarian di Sweden, Ali Abd Jalil dah terlepas dari neraka dunia kononnya yang ada di Malaysia.

Sebenarnya, budak hingusan tu tak terfikir betapa susahnya hidup di negara orang berbanding di negara sendiri. Dia yang cari pasal bila menghina Sultan hanya kerana terpengaruh dengan politik kotor Pakatan Rakyat, lepas tu dia meroyan bila dikenakan tindakan undang-undang.

Kalau betul kerajaan Malaysia dan Sultan didalam negara ni zalim, kenapa Ali Abd Jalil sahaja yang ditindas? Dah tentu berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang terseksa dan merana dibawah pentadbiran kerajaan yang Ali Abd Jalil kata bangsat tu.

Sekarang ni, kita cuma tengok sejauh mana Ali Abd Jalil boleh lari di luar negara. Dan kita tengok sejauh mana kemampuan Ali Abd Jalil boleh jadi pelarian bangsat tanpa negara di Sweden tu. Percayalah, satu hari nanti Ali Abd Jalil tu akan merayu-rayu mintak nak masuk balik ke Malaysia.

Bukan sebab Malaysia ni sebuah negara yang sempurna.., tapi kerana tak ada negara lain seperti Malaysia didalam dunia.

Dan kita tengok sejauh mana Ali Abd Jalil sanggup jadi anjing yang menyalak bukit di negara eropah. Bukit selalunya takkan bergerak dengan salakan anjing kecil seperti Ali Abd Jalil, tapi anjing yang menyalak tu akan mati terjelir lidah kerana kepenatan!

Advertisements

Bila Lebai-Lebai PAS nak tumbuh telor???

Kasihan PAS apabila perjuangan Hudud yang mereka bawa kini ditentang hebat oleh Pakatan Rakyat sendiri. Dulu boleh lah lebai-lebai Pas menyalahkan Umno kononnya menolak Hudud, tetapi apabila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sendiri menolak perlaksanaan Hudud Pas di Kelantan, lebai-lebai Pas terus terkedu diam seribu bahasa.

Apa boleh Pas buat bila Lim Kit Siang sendiri berlagak lebih alim dan tahu pasal Islam bila mengatakan Hudud tak sesuai dengan konsep Pakatan Rakyat? Apa boleh lebai-lebai kangkung Pas kata bila Kit Siang tuduh Pas mahu rosakkan konsep demokrasi Pakatan Rakyat dengan perjuangan Hudud?

Pas tak boleh bersuara pun depan Lim Kit Siang. Lebai-lebai Pas serta para penyokong jumud mereka hanya berani tinggikan suara pada Umno dan juga mengutuk Najib, tapi mereka langsung kecut kerandut telur apabila berdepan dengan apek tua dari parti cap roket tersebut.

Jadi apa maknanya Pas masih bersama-sama DAP dan PKR didalam Pakatan Rakyat jika asas perjuangan parti mereka sendiri iaitu menegakkan hukum Islam ditolak bulat-bulat oleh seluruh kepimpinan Pakatan? Adakah lebai-lebai Pas tak tahu malu dan bermuka tebal kulit biawak masih mengharapkan cina-cina kiasu DAP serta melayu-melayu liberal PKR mendengar suara mereka? Jangan mimpilah!!

Lebih baik Pas tinggalkan saja Pakatan Rakyat dan berkerjasama dengan Umno didalam menguatkan undang-undang Islam serta memartabatkan bangsa melayu didalam negara. Kenapa Pas masih lagi terhegeh-hegeh menjilat kaki apek-apek dalam DAP dan menadah punggung kepada melayu-melayu liberal dalam PKR hanya semata-mata mengharapkan kuasa? Dan terbukti Pas tak untung apa pun didalam Pakatan.

Lebai-lebai Pas takkan tak sedar bahawa kafir DAP yang berkuasa dan memenangi majoriti kerusi didalam Pakatan. Itu bermakna kafir mempunyai kuasa pemutus didalam pembangkang sebab itulah mustahil untuk lebai-lebai Pas angkat muka dalam apa isu sekalipun.

Lebih elok sekiranya Pas bermusyawarah dengan pemimpin-pemimpin melayu/Islam Umno untuk memakmurkan negara. Lagipun Umno yang mempunyai kuasa terbesar pemerintahan dalam negara, bukannya DAP atau PKR.

Kesimpulannya, Pas dan Umno sama-sama melayu dan juga mendukung kepimpinan Islam di Tanah Melayu. Kenapa harus bertelagah demi kuasa pemerintahan sedangkan berkerjasama adalah lebih baik untuk kepentingan bangsa melayu serta kedaulatan Islam. Kalau Pas nak harap DAP faham perjuangan Pas, itu bermakna lebai-lebai Pas semuanya buta politik dan tak faham erti tahalul siyasi seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Umat Islam kena kuat dan bersatu baru kaum kafir tunduk serta hormat pada kita, bukannya umat Islam tunduk dan hormat pada kaum kafir demi mengharapkan diberikan kuasa!!

Gereja gunakan Anwar untuk umpan orang melayu?


Sekeping gambar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bersama-sama Paderi didalam sebuah Gereja kini sedang tersebar luas didalam laman sosial dan juga whatsapp.

Gambar berkenaan menunjukkan Anwar didalam satu majlis bersama-sama seorang Paderi Kristian sedang memberi sumbangan kepada satu keluarga Islam.

Menurut keterangan gambar, majlis berkenaan didakwa berlangsung di Gereja Holy Family Kajang.

Jika benar seperti yang disebarkan didalam laman sosial tersebut, Anwar Ibrahim ternyata telah memalukan umat Islam di Malaysia kerana terpaksa menerima bantuan dari pihak gereja.

Alvin Tan buktikan Akta Hasutan wajib ada di Malaysia.


Sebelum ini Alvin Tan dengan bangganya menghina ibadah puasa umat Islam dengan mempromosikan hidangan Babi di bulan Ramadhan.

Anak cina biadap tersebut yang terkenal dengan aksi lucah bersama pasangannya dengan bangga mengajak umat Islam makan hidangan Babi tanpa memperdulikan sensitiviti kaum dalam negara.

Setelah banyak laporan Polis dibuat oleh rakyat yang tak marah dengan tindakan kurang ajarnya itu, tahu pula Alvin melarikan diri ke luar negara kerana takut dikenakan tindakan undang-undang.

Kini Alvin bertambah kurang ajar apabila semakin berani menghina Sultan dan Raja-Raja melayu. Mungkin dia ingat tak ada siapa mampu berbuat apa-apa kerana kini dia diluar negara. Tapi pihak PDRM kini sudah berkerjasama dengan Interpol bagi mengheret Alvin Tan ke muka pengadilan.

Alvin Tan merupakan salah satu diantara individu penyokong Pakatan Rakyat yang amat kurang ajar serta mahu negara ini kucar kacir. Mereka mempunyai perancangan untuk menjadikan Malaysia huru hara dengan sentimen-sentimen benci kepada pemerintah.

Oleh kerana itulah Undang-Undang seperti Akta Hasutan perlu di perkuatkan dan di perluaskan. Akta Hasutan amat perlu bagi mengawal individu-individu kurang ajar yang dicipta oleh Pakatan Rakyat.

Akta Hasutan bukan sahaja digunakan untuk mengawal mereka-mereka ini, malah ia perlu untuk menghalang sentimen perkauman serta kenyataan-kenyataan biadap dibuat oleh rakyat yang tidak waras seperti Alvin.

Kesimpulannya, tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri DS Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini dilihat amat tepat untuk keamanan negara.

Walaupun ramai dikalangan penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat membantah Akta Hasutan dikekalkan, tapi percayalah bahawa mereka itu takut sebenarnya kerana niat mereka untuk meruntuhkan keamanan negara dihalang.

Akta Hasutan memang disokong oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, tetapi ianya dibenci oleh individu-individu yang suka pada kekacauan!