Laki Umi Aida berlagak kononnya lagi bijak dari Najib.

Hari ini Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan iaitu DS Khairuddin Abu Hassan membuat kenyataan dalam Malaysiakini bahawa Perdana Menteri silap melantik pemimpin-pemimpin di P.Pinang. Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K juga mendesak Pengerusi Umno P.Pinang ditukar, tetapi dia tidak pula menamakan siapa yang sesuai bagi menggantikan Datuk Zainal.

Pertama sekali, mengapa Khairuddin memilih untuk menghentam Umno melalui Malaysiakini yang jelas sekali menyokong pembangkang? Mengapa Khairuddin selaku Naib Ketua Umno bahagian tidak menyuarakan pandangannya didalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini? Dan apakah Khairuddin merasakan dia lebih layak menggantikan Datuk Zainal sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri?

Semua ini jelas menunjukkan bahawa Khairuddin sebenarnya merupakan insan yang hanya mahu mencari populariti murahan dengan menelanjangkan aib ‘keluarga’ sendiri. Memilih untuk bercakap pada media pembangkang, memilih untuk menghentam tanpa fakta dan juga memilih untuk mengkritik tanpa solusi, adakah ini taraf seorang pemimpin Umno yang ada pada Khairuddin sehingga berlagak mempertikaikan keputusan Presiden Umno dan juga Barisan Nasional?

Siapa sebenarnya Khairuddin? Suatu ketika dulu beliau hanyalah tukang bawa beg kepada Umi Hafilda dan kemudiannya berkahwin dengan pelakon Umi Aida. Khairuddin merupakan anak saudara kepada Arwah Sulaiman Plaestin yang juga sepupu pada Anwar Ibrahim. Jadi tak hairanlah kalau Khairuddin lebih suka menyerang Umno daripada memperjuangkan rakyat dari penipuan sepupunya iaitu Anwar di Permatang Pauh dan seluruh negara.
Khairuddin sebenarnya bercita-cita untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri P.Pinang. Sebab itulah dia cuba untuk menjadi hero dengan menongkah arus membelasah partinya sendiri demi kepentingan sendiri. Khairuddin berasakan dia cukup hebat dan pandai didalam semua aspek sedangkan melayu-melayu di bahagiannya sendiri di Batu Kawan sebenarnya tidak terjaga dengan baik.

Mengapa Khairuddin tidak mempersoalkan mengenai Anwar Ibrahim yang tidak memperdulikan rakyat di Permatang Pauh? Apa pembangunan yang ada di Permatang Pauh yang dilakukan oleh sepupu Khairuddin itu demi survival orang melayu? Yang Anwar tahu hanyalah turun untuk makan kenduri dan juga berceramah mengutip derma dari orang kampung sahaja. Yang lain langsung Anwar tak kisah.

Jika Khairuddin mempersoalkan mengenai Datuk Teng Chang Yeow, Pengerusi BN P.Pinang yang didakwanya tak pandai buat kerja dan kalah dua kali didalam pilihanraya, mengapakah Khairuddin tak persoalkan mengenai Lim Guan Eng yang hanya turun melawat penempatan cina sahaja di P.Pinang sedangkan Guan Eng adalah Ketua Menteri P.Pinang?

Mengapakah Khairuddin tak bising pasal Guan Eng dan DAP yang ‘merampas’ tanah-tanah melayu di negeri ini yang ditutup dengan alasan kemajuan? Mengapa Khairuddin tak membantu Umno negeri dan juga BN untuk menerangkan pada rakyat tentang fakta sebenar 1MDB serta menerangkan kezaliman regim Pakatan menindas peniaga melayu serta orang kampung di P,Pinang?

Kesimpulannya, Khairuddin sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi apabila memilih untuk menghentam rakan-rakannya sendiri didalam Umno dan juga BN kononnya demi perjuangan.

Diharap Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin menjawab dengan segera segala tuduhan serta fitnah yang tak berasas oleh Khairuddin ini dan sekaligus menjelaskan kepada rakyat mengenai kebenaran yang cuba dimanipulasi oleh Khairuddin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s