MAHATHIR MENGAKU TAKUT PADA ANWAR.

Pertarungan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berakhir.

Walaupun, kalangan pemimpin UMNO tahu Anwar anak emas Mahathir satu ketika dahulu tetapi mantan Perdana Menteri itu tetap mengecam Anwar tatas krinsip yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

Beliau yang banyak tahu pasal Anwar ibarat hanya jauhari mengenal manikam.

Justeru itu, ketika membalas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mengatakan Dr Mahathir takut sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor, mantan Perdana Menteri itu mengakuinya.

Dr Mahathir berkata, beliau memang “takut” sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi pemimpin kerana perlakuan beliau yang didakwa “tidak bermoral”.

“Tentulah saya takut (Anwar jadi MB) kerana orang akan rasa tak selamat bila dia ada di sekitar.

“Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau,” kata Mahathir sinis.

Beliau dipercayai merujuk kepada kes membabitkan Anwar dan beberapa pembantunya termasuk Saiful Bukharin Azlan yang mendakwa diliwat pada 2008.

Menurut Dr Mahathir, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi menteri besar malah perdana menteri sekalipun.

Katanya, Anwar hanya menubuhkan parti sema-mata untuk jawatan itu bukan untuk perjuangkan bangsa, agama atau apa-apa.

“Beliau masuk UMNO dulu pun hanya untuk jadi PM,” katanya dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selasa.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan, bahawa Barisan Nasional (BN) perlu bertanding menentang Anwar sama ada diwakili UMNO, MCA, MIC, atau Gerakan pada pilihanraya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

Beliau turut mengalu-alukan calon bebas seperti bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan penyanyi dangdut Herman Tino “layak” bertanding atas semangat demokrasi.

“Bekas menteri dan orang seperti Herman Tino semua layak bertanding kalau ikut sistem kita. Mereka mungkin hilang deposit tapi tak apalah,” kata beliau.

Kelmarin, Dr Mahathir memberi amaran jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat atau boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan UMNO sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998. =bnbbc.my

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL DI PENANG..

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini. Apakah Karpal Singah akan bernasib baik untuk kali keempat?

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

“Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang diharapkan daripada saya.

“Saya tidak pernah menyesal,” peguam veteran berumur 73 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman “tidak menyebabkan beliau dihukum bunuh.”

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh kerana mengatakan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.

Hujah pembelaan Karpal adalah beliau hanya memberikan pandangan undang-undang dan tidak memberikan ancaman kepada Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Jelas pertuduhan ini serius, akan tetapi kami akan mengemukakan hujah pembelaan terbaik untuk memastikan kes ini diketepikan,” kata peguam itu yang dibantu empat orang anaknya.

Semasa memberikan hujah pembelaan bulan lalu, Gobind mengatakan Karpal tidak mempersoalkan hak Sultan untuk melantik menteri besar, tetapi mengatakan Sultan hanya boleh berbuat demikian jika terdapat kekosongan jawatan tersebut.

“Undang-undang membenarkan Sultan disaman, dan atas sebab itu, Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993,” kata Gobind.

Kumpulan pembelaan Karpal juga mengatakan dakwaan tersebut dilakukan dengan niat tidak baik kerana terdapat pihak lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan, tetapi tiada tindakan diambil.

Timbalan Pendakwaraya, Noorin Badaruddin mengatakan Karpal sudahpun mengungkapkan perkataan menghasut dan tidak relevan bagi pihak pendakwa untuk membuktikan niatnya.

“Beliau mempersoalkan hak prerogatif Sultan mengikut Perlembagaan,” katanya, dan menambah kenyataan tersebut dikeluarkan semasa ketegangan krisis politik.

Katanya, ucapan Karpal mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian terhadap Sultan.

Karpal pertama kali dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada Jun 2010.

Pada Januari 2012, Mahkamah Rayuan mengarahkan Karpal untuk membuat pembelaan selepas rayuan pihak pendakwaan dibenarkan.

Kumpulan peguam pengerusi DAP itu dijangka akan cuba meringankan hukuman.

Hakim Azman Abdullah boleh mengenakan denda kurang daripada RM2,000 jika Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah, agar beliau dapat terus kekal sebagai ahli politik.

Ini pernah berlaku kepada bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang didenda RM,1800 selepas didapati bersalah dalam kes rasuah.

Karpal mempunyai dua lagi pusingan untuk merayu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, jika didapati bersalah sehingga menyebabkannya hilang kerusi Parlimen.

Namun, ramai penyokongnya mengharapkan Karpal, yang digelar Harimau Jelutong, akan bernasib baik untuk kali keempat.

Karpal pernah didakwa sebanyak tiga kali pada masa lalu, tetapi tidak pernah menyebabkan beliau hilang kerusi.

Beliau tiada di Parlimen hanya pada 1999, apabila kalah pilihan raya dan apabila digantung daripada menghadiri sidang.

DAGING BABI DEPAN PINTU MASJID TEPI RUMAH ANWAR.

Bukit Mertajam 16 Feb 2014 – Seorang jemaah pagi tadi yang tiba di Masjid Cherok Tok Kun untuk menunaikan solat subuh berjemaah terkejut besar apabila mendapati seketul daging di letakkan di hadapan pintu masuk ke masjid tersebut.
Apabila ditelitinya, jemaah berkenaan mendapati bahawa ianya adalah seketul daging babi yang sengaja diletakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Berikutan itu, jemaah berusia 78 tahun itu telah membuat satu laporan polis agar perkara itu disiasat.
Kejadian di laporkan berlaku sekitar jam 5.30 pagi tadi.
Walaupun tidak diketahui pihak mana yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut, namun jelas tindakan sedemikain bertujuan untuk menghina agama dan umat Islam selain berupa satu lagi provokasi terhadap umat Islam di Pulau Pinang.
Seolah-olah satu cabaran di lemparkan terhadap orang Islam bahawa “apa yang orang Islam boleh buat terhadap “kami” ?
Ini bukanlah kali pertama kejadian meletakkan daging babi di masjid dikesan di negara ini. Sebelum ini beberapa kejadian yang serupa pernah dikesan berlaku di beberapa masjid di beberapa buah negeri. 
Cuma yang dikesalkan sikap kurang prihatin masyarakat Islam sendiri dengan tahap kesedaran yang rendah malahan ada yang lebih menjaga kepentingan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam telah menyebabkan kejadian-kejadian seumpama ini dipandang remeh. 
Persoalannya apakah akan jadi kepada agama Islam di negara ini apabila para penganutnya semakin leka dan alpa ?