KENYATAAN RASMI!! Mat Taliban cabar Mufti Perak kemukakan dalil…

1. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebaik-baiknya bertaubat kerana menghina Rasullulah saw berhubung kenyataannya berkaitan wang cukai, arak dan judi.

2. Sebagi seorang Mufti, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa pada zaman Rasulullah turut mengguna wang cukai arak dan judi untuk urusan pembayaran gaji.

3. Sebelum ini, beliau tidak pernah memberi pandangan mengenai dakwaan UMNO, iaitu wang kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan judi, haram untuk diberi sumbangan kepada warga emas. Beliau mengelakkan daripada memberi pandangan

4.Semasa ceramah, saya langsung tidak menyentuh soal halal atau haram gaji mufti atau mana-mana individu yang terlibat dalam kerajaan. Yang saya bangkitkan adalah mengenai sikap Harussani yang enggan memberi respons terhadap dakwaan UMNO tersebut kononnya sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu haram kerana hasil wang judi.

5. Lantaran itu, saya mencabar Harusani, selaku penasihat agama Islam kepada kerajaan negeri agar ada sedikit keberanian menegur dan menasihati kerajaan negeri Perak yang sedia ada untuk mengasingkan wang hasil kutipan dalam negeri kepada dua akaun iaitu sumber kutipan negeri yang halal dan yang haram sepertimana dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

6. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka terserlah sikap bermuka-mukaan Harusani dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam dan beliau tidak layak menjadi seorang mufti, kerana pandangan dan tegurannya hanya berpihak kepada Umno, yang mana lebih menguntungkan dirinya. Oleh itu Harussani harus berundur kerana jika berbuat demikian beliau akan lebih banyak mengelirukan umat Islam dengan pandangan-pandanganya yang kabur dan silap.

7. Gelaran Haramsani (semasa berceramah) merupakan gelaran spontan yang diberi oleh orang ramai sebagai respons ekoran sikap Harussani yang lebih gemar berdiam diri apabila kalangan UMNO membuat dakwaan yang menyeleweng daripada syariah Islam. Gelaran itu adalah petunjuk pendirian rakyat mengenai keperibadian Harusani sebagai seorang mufti yang kurang bijaksana.

8.Oleh itu, saya mencabar Harussani kemukakan dalildan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi. Ini jelas satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.

9. Harusani memang banyak berdolak dalih dalam hal-hal berkaitan syariah Islam dan kini seelok-eloknya berasaskan sabda Rasullulah saw itu, beliau bertaubatlah.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak
merangkap YDP PAS Ipoh Barat
Alfadhil Ustaz Norazli Musa
31hb Mei 2010

Advertisements

Petua jimatkan elektrik yang TNB lupa nak cakap…

CARA-CARA UNTUK KURANGKAN STRESS BILA ELEKTRIK NAIK HARGA.., KORANG PERLU LAKUKAN INI…

– Nak angin dan tak mau panas…? Duduk je bawah pokok… nyaman je rasanya bila kena angin ori punya…… bau pun asli dari alam sekitar !

– Suri rumah yang nak pakai blender.., stop !!! ┬áPakai je lesung batu…, lagi asli apa….

– Mesin basuh? Oooo.., patut dihindarkan tuu.. Sental je pakai tangan macam tok nenek kita dulu.. Sambil-sambil tu bolehlah buat senaman untuk kecikkan saiz bawah lengan tu…

– Nak tengok tv ? Urusan dunia semua tu macam kata Pok Nik… Beli je yang 7 inci punya cukuplahh.. Yang 40 inci tu simpan ┬áje laaa….

– Nak pakai peti ais semata-mata nak minum air sejuk? Membazir tu beb ! Korang beli je ais batu… baru 50 sennn.

– Pakai pemanas dalam bilik mandi? Alahhhhh…, sekali sekala mandi lah air sejuk baiii…., kecut sikit telur tu.. Baru subur sikit.. !!

– Macam mana dengan komputer? Korang pakai je yang cybercafe punya… Sejam baru 2 hinggit je beb.. Kalau ambik tiga jam baru 5 hinggit… so jimatlah sikit.

Jadi, sekian saja cara-cara untuk elakkan kenaikan harga elektrik… Selamat mencubaaaa… Hahahahahaha…

HOT!!! Rahsia disebalik tawaran 3 jawatan Menteri kepada PAS..

Korang semua pun tahu kan.., hari ni Nik Aziz dakwa UMNO sudah 5 kali jumpa dia dan tawar 3 jawatan menteri kepada PAS. Tapi semuanya Pok Nik tolak dengan alasan PAS patuh kepada kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan..

Petang tadi, gua dimaklumkan tentang rahsia disebalik penolakan Nik Aziz terhadap tawaran UMNO oleh seorang bekas YDP PAS yang merupakan ahli PAS seumur hidup di Penang ni…

Sebenarnya.., punca Nik Aziz tolak pelawaan UMNO adalah kerana TIADA satupun jawatan menteri tu ditawarkan kepada Pok Nik..

Apa yang gua dengar, tiga orang yang ditawarkan jawatan didalam PAS ialah Hadi Awang, Nasarudin Mat Isa dan juga Nasrudin Tantawi..

Dan antara jawatan yang ditawarkan kepada PAS adalah…, TPM 2.., satu Menteri penuh dan satu Timbalan Menteri.

So, selain dari tiada jawatan buat Pok Nik.., Mursyidul Am PAS tu juga tak setuju sebab tiada jawatan diperuntukkan buat Husam Musa.. Korang kena ingat, Husam adalah anak emas Nik Aziz tauu…

Inilah rahsia yang Pok Nik sengaja tutup disebalik penolakan tawaran 3 jawatan Menteri kepada PAS.. Dan diatas sebab kepentingan sendiri, Nik Aziz lebih sanggup tolak perpaduan ummah yang dituntut dalam agama..

Gua tak nak komen panjang dalam hal ni.. Gua cuma nak korang tahu bahawa Nik Aziz lebih gilakan jawatan daripada melihat umat melayu/Islam bersatu dibawah satu bendera..

Sebab itulah gua tak percaya Pok Nik tu adalah ulamak. Malah gua tak nampak pun dia sebagai sorang guru agama.. Orang yang tolak usaha mewujudkan Ukhwah Islamiyah dalam sesebuah negara langsung tak layak untuk dihormati..

Dan orang yang pentingkan diri sendiri macam Nik Aziz ni hanya layak dapat jari tengah gua saja… Hahahahaha…

UMNO ‘5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri’

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

“Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno,” katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai “berpangkat datuk” dan “pesara kerajaan”.

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

Ceramah UMNO di kubu kuat PAS…

Semalam gua pergi ke satu ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bukit Mertajam di satu kawasan yang memang merupakan lubuk penyokong PAS..

Penceramah dorang ialah bekas orang kuat PKR, Lokman Adam dan juga Ketua Pemuda UMNO Penang iaitu Shaik Husin..

Gua jangkakan mesti tak ramai yang akan datang ke ceramah ni beb.., maklumlah tempat tu adalah kubu kuat PAS di kawasan Bukit Mertajam. Paling kuat pun 15-20 orang je yang mungkin hadir sebab UMNO pun tak berapa nak hidup di situ..

Tapi jangkaan gua meleset baii.. Sampai je gua kat tempat ceramah tu, 2 khemah besar dah penuh dengan penduduk kampung.. Wohaa.. ini sudah kira outstanding nihh…

Gua dimaklumkan bahawa 200 kerusi disediakan kat situ.., dan gua nampak penuh beb semua tempat duduk. Dan ada sebilangan orang yang terpaksa berdiri semasa dengar ceramah..

Kesimpulan yang gua dapat buat ialah, ceramah UMNO ni berjaya menarik penduduk kampung disitu untuk datang dengar.. Tak sangka pulak gua.., rupanya ramai penduduk Kampung Baru Alma tu bagi sokongan pada ceramah UMNO.

Kalau macam ni punya gaya dan usaha, gua rasa UMNO akan dapat balik undi melayu di kawasan ni pada PRU akan datang.. Syabas kepada Pemuda UMNO BM..

Gua harap ceramah-ceramah penerangan isu semasa macam ni akan terus dilakukan untuk tarik sokongan pengundi melayu di Penang..