PANASS!!! Nik Abduh hina jemaah haji pakej murah..

Saya pernah menulis artikel yang menyentuh tentang kemewahan Nik Aziz sewaktu di Tanah Suci Mekah (baca sini). Ekoran dari artikel tersebut, saya banyak menerima kecaman dari pengikut PAS kerana dikatakan menghina Tuan Guru mereka.

Tetapi menariknya, saya diberitahu mengenai ada ramai juga pengikut PAS yang malu dengan gambar-gambar yang menunjukkan kemewahan Mursyidul Am mereka semasa menunaikan Haji tersebut.

Cuba baca komen seorang jemaah PAS ini yang dihantar kepada anak Nik Aziz sendiri iaitu Nik Abduh..,

Salam tuan.
Tuan lebih maklum tentang kewajipan menunaikan Rukun Islam kelima ini. Namun apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah bagaimana ‘wajah’ sebenar pemimpin Islam yang berpura-pura bersederhana, berjimat cermat, hanya melakukan perkara yang sangat berfaedah dan menitiskan ‘air mata’ demi memperjuangkan Islam sebenar dan melawan parti yang dianggap sekular olehnya.

Berapakah kos sebenar bagi melaksanakan ‘Haji’ seorang MB di sebuah negeri yang paling betul melaksanakan gaya kepimpinan seorang Nabi ini?
Bukankah jumlah itu boleh membiayai 5 orang Islam atau lebih melengkapkan kesemua lima rukun Islam tersebut? Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa : “Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal”, bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, “Ulama Sukk”

Dalam sebuah hadis yang lain: “Sesungguhnya perumpamaan orang munafiq yang membaca Quran adalah sebagai pohon kemangi, baunya wangi tetapi rasanya adalah pahit”. Maksud hadis ini iaitu sesiapa yang berpura-pura adalah walaupun luaran begitu cantik, tetapi dalamnya adalah begitu jijik dan kotor, berwaspadalah terhadap orang-orang yang berpura-pura tahu, tetapi sebenarnya apa yang keluar dari mulutnya adalah cakap kosong sahaja.

Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 175: “..dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. Sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat”

Bukankah jemaah PAS ini juga ragu-ragu tentang matlamat sebenar Nik Aziz bermewah di Mekah? Dan bukankah jemaah PAS ini mempertikaikan kerakusan Nik Aziz duduk di Hotel bertaraf 5 star?

Malangnya, pertanyaan secara baik yang dikemukakan oleh jemaah PAS ini dijawab dengan agak kurang matang oleh Nik Abduh. Dia bukan sahaja membela ayahnya bermewah di Mekah malah menghina jemaah haji lain dari Malaysia yang mengambil pakej murah.

Bacalah sendiri apa yang ditulis oleh anak kepada Mursyidul Am PAS ini…,

Dua tahun lepas saya dan isteri menunaikan haji. Saya mengambil pakej murah sekitar 10 ribu ringgit lebih. Saya terpaksa terpisah daripada isteri. Tinggal 6 orang dalam bilik yang sempit. Berkongsi 2 bilik air dengan puluhan jamaah haji. Berhadapan masalah orang – orang tua yang sering uzur dan kerenah orang jahil yang menyusahkan dan menjijikkan ( kencing berdiri dalam bilik air sampai memercik ke dinding! Aduss! ). Ianya pengalaman yang cukup berguna dan menginsafkan, sesuai dengan matlamat haji.-Nik Abduh

Inilah yang dikatakan oleh kebanyakan orang selama ini tentang PAS iaitu “walharammu, walhalalku”. Bagi mereka, hanya mereka dan yang wala’ kepada mereka sahaja yang betul. Lain daripada itu semuanya salah.

Seperti Nik Abduh ini, kalau ya pun nak membela perlakuan ayahnya yang bermewah di Mekah, janganlah sampai menghina jemaah Haji yang lain. Apakah dosa jemaah Haji lain yang mengambil pakej murah hinggakan Nik Abduh memandang mereka dengan begitu jijik sekali?

Jangan hanya kerana berstatus anak kepada Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS, Nik Abduh bebas menghina dan memandang rendah kepada orang lain. Jangan kerana biasa bermewah sampaikan sanggup menghina orang yang susah!

p/s: Inikah pemimpin pelapis yang ada didalam PAS? Anak Mursyidul Am pun tak boleh pakai…tambah pulak yang lain…
Advertisements

8 thoughts on “PANASS!!! Nik Abduh hina jemaah haji pakej murah..

  1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai…Samalah macam anak nik ajis sorang ni…

    Like

  2. Tak heranlah kalau dia ni maki org pun..bapak dia pun kaki maki orang juga..dah mmg keturunan mcm tu kot agaknya..

    Like

  3. apa guna Nik Aziz ke mekah kalau lidah anak sendiri masih berbisa menghina org lain menunaikan ibdah haji dengan niat suci dan ikhlas tidak menggunakan duit yg haram untuk menjadi tetamu allah apa guna ke mekah kalau tidak tahan dengan dugaan allah tidak mahu menahan cabaran berpanas dan dan berjalan terlalu jauh ini Nik Aziz berkerusi roda sedangkan dia kuat berjalan macam org berpuasa tahan lapar dan dahaga saja pahala puasa tiada semacam lah dengan Nik Aziz org pergi ke mekah dia kemekah org dapat haji marberuh dia kosong pergi saja makan angin.

    Like

  4. Salam,
    Sebelum tu.. biar saya declare yang saya ni pro-kerajaan all the way.
    Saya dah baca entry NikAbduh yang Tuan quote disini.. saya nak kata, saya tak stuju Tuan kata yang dia hina org pakai pakej haji murah @muasassah. Kita kene baca entry NikAbduh ni secara keseluruhan dan kalau boleh jangan beremosi sangat. Kita tak boleh just quote sesuatu paragrapah tu an interpret based on that paragraph alone.
    Pada saya, conclusion tuan alleging NikABduh menghina pakej haji murah itu tidak tepat. Paragraph tu bukan menghina pakej haji yang murah.
    Saya menegur dan harap Tuan sedia menerima teguran membina ini. Sebab apa, kita pro-kerajaan ni kene ada class kita tersendiri. Pertuduhan semacam ini membuatkan kita sama level dgn pembangkang. Saya tak nak tengok pencacai pembangkang menyamakan kita macam diaorg jugak.. Kita kene ada edge kita tersendiri..

    NikAbduh kata antara sebab ayahandanya tinggal di hotel mewah, sbb sekarang, kerajaan arab saudi buat hotel yg dekat dgn masjidil haram, hanya yg mahal2. ayahanda nya pula tak sihat. Tu saya boleh faham sbb saya yang baru 30an ni duduk kat hotel yg 40 min pergi balik dari masjid pun tangkap sakit lutut dek perjalanan yg kerap ulang alik.. apatah lagi org tua seperti nik aziz. Dan nak menyalahkan kerajaan arab saudi buat hotel mahal2 dekat masjid pun tak menasabah..
    tambahan pula nik abduh kata dia sendiri pernah pakai pakej muasassah. Jadi dia dah merasa.. saya tak tau Tuan, tapi saya tak pernah merasa pakai pakej murah lagi.. so saya takde pengalaman. Tapi NikAbduh dah ada pengalaman. Macam kita, dah pakai proton selama 10 tahun, adarezeki lebih sikit pasti kita nak upgrade kete hondal lak kan.. So tu yang kemudian dia kata, kalau boleh lepas ni ada rezeki lebih, dia ngan wife dia nak ambik pakej mahal sikit.. dah dia mampu so let him be.. kalau nak persoal duit tu dtg dari mana.. who are we to question sbb yang judge hanya Allah.

    Bottomline is, kita pro-kerajaan ni kene ada kelas kita tersendiri kalau nak mensensasikan sesuatu pasal pembangkang especially orang2 PAS ni. Barulah integriti kita terpelihara dan kita tak berada sama level macam diaorg.

    ~Pro-Kerajaan.

    Like

  5. Nik Aziz Big Minister lah. Kena jaga standard. Takkan nak duduk hotel takda bintang. Sakit pulak tu; siapa nak jaga. Tukang sorong kerusi roda kena duduk hotel sama agaknya. Nasib baik dia.

    Like

  6. salam,
    bukan ke wajib pergi haji sekali seumur hidup? kalau pun ada duit lebih, bukan ke lebih baik digunakan ke jalan yang bermanfaat..ini sekadar pendapat sahaja..(tak tahu sampai bila boleh kumpul duit utk buat haji)
    TQ

    Like

  7. salam,

    saya taknaklah komen sangat pasal N.Ajis ni…baguslah naik haji selalu.Saya sendiri belum sampai hajat yg membara ini.

    Tapi kalau ada duit lebih tu apakata cuba ketepikan sikit utk bina masjid ke atau paling tidak pun baikpulih masjid…kan bagus.

    Ini apa cerita bila ADUN PAS sendiri pun tegur kerajaan negeri Kelantan yg tak pentingkan pembinaan masjid.(sila lihat bawah)

    20 tahun PAS perintah Kelantan,satu masjid pun tak pernah bina!

    Nak cakap takde duit tapi boleh bagi blogger RM4 juta tu apekejadahnye?

    Ingat junjungan Rasulullah S.A.W. pertama sekali apa baginda buat bila sampai ke Madinah?

    BINA MASJID!

    Jadi saya rasa tak salah jika saya katakan PAS bijak menipu menggunakan agama.Jual agama demi kepentingan politik dan dunia.Luluskan lesen arak di Kelantan tapi mengaku nak tubuh negara Islam.

    saya pelik pengikut PAS ni,mana satu diaorang nak ikut?

    N.Ajis kata kalimah Allah kafir boleh pakai,sedangkan Ust Haron Din kata GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN KAFIR GUNA KALIMAH ALLAH!

    Jadi yg mana satu korang ikut ni?

    Wassallam

    PAShiT

    “Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

    Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina.

    Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai
    sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.

    “Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.”

    Like

  8. Wsalam anon 17:41.

    Terima kasih atas pendapat Tuan. Apa yang sy tulis disini hanyalah pendapat sy. Sy tak memaksa sesiapa pun bersetuju dengan apa yang sy luahkan.

    Baguslah Tuan mempunyai pandangan sendiri tentang pemikiran Nik Abduh ini. Sy tak peduli pun sama ada Tuan pro kerajaan atau bukan kerana kita bebas menentukan pilihan masing-masing didalam berpolitik.

    Politik bukanlah agama sehingga kita boleh jadi terlampau taksub dengan sesuatu pemimpin.

    Yang sy persoalkan hanyalah di perenggan tulisan Nik Abduh tersebut. Bukankah ianya menghina jemaah kita yang mengambil pakej haji yang lebih murah?

    Tak salah jika kita ambil pakej mahal jika kita mampu kerana ibadah didalam Islam mementingkan niat. Tapi janganlah sampai memandang jijik kepada jemaah yang ambil pakej RM10K sampai dilabelkan mereka sebagai jahil!

    Tuan mahu membuat perbezaan dengan contoh membeli kereta. Kalau kita mampu pakai kereta mahal, apakah itu jadi lesen untuk kita hina orang yang pakai kereta murah?

    Selama ini PAS selalu menekankan tentang kesederhanaan. Kononnya merekalah lebih zuhud dan tak mahu membazir. Jadi setiap ucapan perlulah disusuli dengan perbuatan. Bukankah begitu?

    Kalau Nik Aziz dah tak mampu nak menunaikan Haji lagi setelah beberapa kali dia menunaikannya, bukankah lebih baik jika diberikan pakej tersebut kepada yang lebih memerlukan?

    Ada hadis serta ayat Quran yang melarang umat Islam menyusahkan orang lain ketika membuat ibadah Haji ini. Harap Tuan carilah sendiri.

    p/s: Sy tak pernah pun kata sy ni pro kerajaan, cuma sy tak suka pada politik yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s