Undi 30.., menang 450. Banyak sungguh hantu belaan Anwar…

Selasa lalu berlangsungnya pemilihan di cabang PKR Sri Aman yang bertempat dirumah pengerusinya iaitu Jimmy Donald. Diberitakan bahawa seramai 30 anggota PKR telah hadir untuk mengundi.

Setelah selesai pengundian dijalankan, Jimmy yang juga calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperoleh 450 undi, sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota yang hadir.

Anggota PKR di cabang itu mendakwa wujud ‘politik wang dan penipuan’ ketika pemilihan berlangsung dan mereka mempersoalkan kesahihan pemilihan pada Ahad lalu.

“Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Kami mahu ibu pejabat segera menyiasat hal ini tanpa melengah-lengahkan lagi, kerana ia akan mencemar imej parti,” kata anggota parti itu.

Ini bukan pertama kali laporan dibuat berikutan terdapat lapan pengundi dikesan dari kalangan ahli DAP yang turut mengundi ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang yang lalu.

Dalam pemilihan itu, Jimmy Donald berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Cabang Sri Aman selepas memperolehi 84 undi dengan menewaskan pesaingnya, Ibi Uding yang mendapat 76 undi dan seorang lagi calon mendapat 10 undi.

Uding yang juga Ketua Wanita PKR negeri berkata, beliau mempertikaikan kesahihan mereka sebagai ahli PKR untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Menurutnya, lapan ahli DAP itu dipercayai mengundi untuk Jimmy dan dibawa oleh anaknya Leon Jinat Donald, yang juga ahli DAP Sri Aman.

– sumber FMT

3 thoughts on “Undi 30.., menang 450. Banyak sungguh hantu belaan Anwar…

  1. BARANGKALI LAGI 420 TU HANTU UPAHAN KOT KEHKEHKEH

    Like

  2. Taktik yang sama di gunakan semasa dalam UMNO. UMNO rosak kerana Anwar dan sekarang berlaku pula dalam PKR. Allah maha kaya rasakan anwar, kamu akan hancur dengan tangan kamu sendiri.

    Like

  3. salam mpp,

    ini hasil ajaran nwar aljub yg gilakan kuasa. istilah pengundi hantu ni di popularkan pkr dlm setiap prk & pru…rupa2nya mrk yg jayakan fenomena ini! pas turut menjayakan fenomena ini setelah ditarbiyahkan oleh pkr dlm dokongan pr…

    Like

Leave a comment