Tengku Razaleigh bakal dinaikkan jadi Menteri????

Ada khabar angin bertiup kencang yang berlegar di lobi-lobi Putrajaya mengatakan bahawa Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li akan dilantik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Ini berikutan kejayaan Ku Li menundukkan pengaruh Nik Aziz dan PAS sewaktu PRK N45 Galas yang dimenangi selesa oleh UMNO/BN.

Didalam cakap-cakap yang kedengaran, antara sebab-sebab Ku Li bakal dipilih masuk ke dalam barisan Kabinet Najib selapas rombakan pada waktu terdekat ini adalah…,

1) PAS dilihat amat lemah jika bertembung dengan Tengku Razaleigh. Ini dilihat atas dasar Tengku Razaleigh ni anak raja dan mempunyai pertalian rapat dengan Kerabat Kesultanan Kelantan.

2) Tengku Razaleigh akan dilantik sebagai Panglima Perang baru UMNO Kelantan untuk merampas atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti kerusi PAS di Kelantan.

4)Ku Li amat berpengaruh buat masa sekarang di Kelantan. Dengan “kebijaksanaan” Ku Li nanti, PAS Bakal berputih mata di Gua Musang+Kuala Krai+Jeli+Machang+Bachok+Dabong+Pengkalan Kubor dalam PRU 13.

5) Imej Tengku Razaleigh yang bersih dari sebarang skandal bakal menjadi penyelamat UMNO-BN dalam PRU 13 khususnya bagi menawan Kelantan dari PAS.

Jika ini benar-benar berlaku semasa rombakan kabinet Najib nanti, Nik Aziz dan juga PAS Kelantan akan menghadapi masalah besar mengekalkan penguasaan mereka di negeri tersebut.

Apakah penggal ini merupakan penggal terakhir bagi Nik Aziz menduduki kerusi empuk Menteri Besar di Kelantan? Kita tunggu dan lihat apa kata rakyat Kelantan selepas PRU13 nanti.

p/s: Ku Li dan Tun Mahathir pun dah berbaik semula sekarang. Kalau UMNO Kelantan berjaya menawan balik negeri tersebut dari Nik Aziz dan PAS…, calon yang paling layak untuk jawatan MB sudah pastinya Ku Li…
Advertisements

4 thoughts on “Tengku Razaleigh bakal dinaikkan jadi Menteri????

  1. Itu aku amat bersetuju dan kalau boleh dapatkan menteri penuh. Daripada nak lantik RAJA BERUK YANG BAPOK yg tak ada apa apa sumbangan kat UMNO dan BN lebih baik dan molek di lantik KU LI di dalam saf kabinet DSN.

    Like

  2. salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
    http://suaratimur.blogspot.com/

    Like

  3. jadi Menteri ok. Jadi Tim Mneteri tak OK>

    gil ake apa nak letak Ku Li jadi Tim Menteri..apa ingat Ku Li budak budak ke…dia Veteran ler beb ..sedikit sebanyak lebih kurang Tun Dr M..takkan nak jadi Tim Mneteri

    drmuzi

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s