27 sen sehari untuk golongan Ibu Tunggal di P.Pinang.

Sekadar Gambar Hiasan..

Ingatkan selepas warga emas dan juga golongan OKU dipersendakan dengan elaun RM8.30 sebulan dari Kerajaan pimpinan Khalifah Lim, episod penghinaan kepada warga P.Pinang ini dah habis dilakonkan. Rupa-rupanya, Khalifah Lim masih ada lagi agenda populisnya untuk membohongi rakyat jelata.

Kali ini, yang menjadi mangsa ialah golongan Ibu Tunggal pula.

Lim Guan Eng dengan kononnya Konsep Keprihatinan Kerajaan Negeri, telah mengumumkan bahawa para Ibu Tunggal yang berdaftar juga akan memperolehi RM8.30 sen sebulan sebagai tanda “kasih sayang” dari kerajaan DAP.

Besar sangat kah nilai RM8.30 sen sebulan tersebut pada pandangan Lim Guan Eng?

Apa yang mampu dibeli oleh para Ibu Tunggal ini dengan wang RM8.30 sen sebulan? Jika ibu-ibu tunggal ini menyimpan sendiri sebanyak seringgit sehari selama sebulan, jumlahnya saja dah melebihi apa yang “didermakan” oleh Khalifah Lim.

Apakah Lim Guan Eng ingat rakyat mudah digula-gulakan dengan nilai sekecil itu? Apakah Guan Eng berpendapat, golongan Ibu Tunggal di P.Pinang hanya bernilai RM8.30 sen sahaja?

Saya nak tanya, apa yang Guan Eng boleh menyara hidup dengan nilai RM8.30 sen sebulan dan juga RM 100 setahun? Saya yakin, kalaulah gaji KM P.Pinang hanya RM8.30 sebulan atau RM100 setahun.., besok awal-awal pagi juga Guan Eng dan gerombolan DAP bertongkang balik ke Melaka!

Selaras dengan konsep keprihatinan Kerajaan Negeri, adalah dipersetujui supaya mulai tahun 2011, kesemua ibu tunggal yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri P.Pinang akan diberikan bantuan secara one off berjumlah RM100.00 setahun.

Cadangan Kerajaan Negeri ini sebenarnya adalah hanya satu sumbangan kecil yang pada hemat Kerajaan Negeri merupakan tanda ehsan sokongan terhadap kumpulan ini yang sepatutnya juga mendapatkan keprihatinan semua masyarakat. BAJET PP 2011

p/s: RM8.30 sen sebulan.., bermakna hanya 27 sen sehari…. budak TADIKA pun tak mau kalau bagi 27 sen suruh bawak pi sekolah…
Advertisements

4 thoughts on “27 sen sehari untuk golongan Ibu Tunggal di P.Pinang.

  1. satu2nya cina yg bodoh matematik. dia ingat ibu2 tunggal tu bodoh x tau kira agaknya. bodohnya dia dh tentu diketawakan oleh cina2 lain. cina lain kata “ITU UMPAN BODOH NAMANYA”…

    Like

  2. Bermula tahun 2010 warga emas diberikan RM100.00 setahun, manakala warisnya menerima RM1000.00 sekiranya warga emas berkenaan meninggal dunia. Dan pengumuman terbaru oleh kerajaan PR P.Pinang, ibu tunggal dan OKU akan menerima RM100 setahun atau RM8.30 sebulan bermula tahun 2011. Sebaliknya ketika Umno/ BN mentadbir PPinang sejak lebih 50 tahun..atau lebih 600 bulan atau lebih 18,250 hari…warga emas apatah lagi ibu tunggal dan OKU tidak pernah merasai walau 1 sen pun sumbangan secara langsung oleh kerajaan PPinang ….

    Like

  3. Zul, betulkah warga emas, OKU dan juga Ibu Tunggal P.Pinang tak pernah menerima satu sen pun secara langsung dari kerajaan negeri UMNO/BN sebelum ini?

    Anda betul2 pastikah?

    Jangan cakap ikut suka hati saja Tuan kalau tak tahu fakta yang sebenar…

    Bukan apa.., takut2 nanti cakap saja pandai, tapi jahil yang sebenarnya…

    Like

  4. Sdr MPP,
    maksud saya sumbangan secara langsung seperti mana yg dibuat oleh PR sekrang iaitu program khas mendaftar semua warga emas dan ibu tunggal utk diberi sumbangan. Jika sdr MPP ada maklumat sila nyatakan, mungkin saya tersilap.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s