Patutlaa orang kata Ostad Zizan tak buat kerja….

Orang lain sibuk bagi bantuan, Ostad Zizan sibuk makan…..

PAS kata mereka tiada pengalaman dalam menghadapi bencana besar seperti banjir kali ini tetapi semasa kerajaan BN sedang uruskan bencana dulu, ada sahaja yang tidak kena pada pandangan PAS. Jadi, selama ini PAS tidak belajar apa-apa bagaimana menjadi kerajaan?

PAS masih anggap mereka hanya sebuah parti, bukan sebagai kerajaan, dalam membantu mangsa banjir sebab itu mereka tidak peduli sangat persediaan yang perlu dilakukan sebaik sahaja jabatan kaji cuaca memberi amaran akan berlakunya banjir di Kedah.

PAS masih memberi bantuan kepada orang mereka sahaja. Menteri Besar bagi bantuan hanya dari belakang kenderaan pacuan empat roda, Seorang Exco hanya bagi bantuan setakat 20 beg plastik barang makanan.

Kalau setakat dok tersengih pi melawat banjir…sapa pun boleh jadi MB ostad oiii….

Seorang Exco Kerajaan Negeri PAS hanya melawat sebuah pusat pemindahan tanpa membawa sebarang bantuan, seorang pemimpin UMNO Kedah mengeluarkan duit sendiri apabila penghuni pusat pemindahan mengadu mereka perlukan bantuan susu bayi, lampin pakai buang dan ubat nyamuk.

Pemimpin UMNO sibuk berusaha membantu mangsa banjir, pemimpin PAS entah ke mana hilang. Nampak hanya orang UMNO sahaja yang bertugas di pusat pemindahan banjir, orang PAS pergi mana.

Pemimpin yang hebat mencari jalan menyelesaikan masalah, Menteri Besar Kedah mencari masalah untuk dijadikan alasan.

Apabila bekalan air tidak ada kerajaan negeri kata musim kemarau, tetapi mai musim hujan sampai air melimpah juga tidak ada air paip. Nak harap lori SADA hantar air, sampai habis banjir pun belum tentu sampai.

Bila dah ditimpa bencana pandai pula minta bantuan kerajaan Perak, hari tu bukan main lagi hentam kata kerajaan tidak sah dan pakat baring atas jalan nak halang pembentukan kerajaan yang ada di Perak laa nie.

Kerajaan PUSAT akan bantu petani yang kerugian, yang turut dapat adalah orang PAS tetapi lepas tu geng PAS yang dapat bantuan tu pakat maki kerajaan juga.

Ustaz Azizan dan Exconya terus membuktikan mereka gagal mentadbir negeri terutama pada waktu bencana seperti ini.

Tukar sajalah kerajaan yang lembap, tidak cekap dan amat lemah ini.

Ehsan KedahTimes
Advertisements

6 thoughts on “Patutlaa orang kata Ostad Zizan tak buat kerja….

  1. Pas parti yang Pakar pulau memulau masyarakat.buat kerja Hampas.Takebeer!!!!!

    Like

  2. Hj Hadi kata..kalau kerajaan tu bermasalah, elok undur diri je..takkan tak paham2 kut.

    Kata kat UMNO kenen kat member2 sendiri nampak..

    Like

  3. Sebenar nya pas mahu lihat rakyat mati kebulur dikedah rakyat perlu pembelaan dari kerajaan negeri bukan menyalahkan org lain apabila BN benar benar mahu membantu rakyat kedah yg dilanda musibah banjir bukan nya masih berpoliti dalam saat begini sepatut nya kerajaan pas kedah sama sama membantu bukan nya menghilang diri dan lari dari tanggung jawab sebagai kerajaan ni pada rakyat kedah PRU 13 nanti pakat pakat tolak kerajaan yg bodoh tak bolih diajar ni.

    Like

  4. bongok btul tuan blog ni… gambar mcm tu buleh jadi modal fitnah… bodoh tersangat bodoh…

    Like

  5. baik lg ustaz azizan bandingkan dgn si pendek, det khalid tu…aku sokong BN tapi xpayahlah ambik balik si det tu….sbb dia lah kedah jatuh ketangan pembangkang…..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s