PANASSSS!!!! Khalifah Lim bagi RM 8.30 sen sebulan untuk warga OKU P.Pinang.

Selepas berjaya memperbodohkan warga emas dengan wang sumber derma judi, kini Khalifah Lim Abdul Aziz di P.Pinang datang lagi dengan idea baru bagi mempopularkan dirinya dikalangan pengikut taksub PAS dan PKR.

Dalam pembentangan Bajet 2011, Khalifah Lim bermurah hati menyediakan elaun sebanyak RM 8.30 sen sebulan kepada warga OKU yang berdaftar dengan kerajaan negeri DAP P.Pinang mulai tahun 2011.

Ini menunjukkan betapa pemurahnya Khalifah kesayangan Nik Aziz ini terhadap rakyat negeri. Elaun ini juga membuktikan betapa Khalifah Lim begitu mengambil berat tentang kesusahan warga OKU.

Khalifah Lim didalam pembentangan tersebut mengharapkan, dengan sumbangan sebanyak RM 8.30 sen sebulan ini dari kerajaan DAP, ia dapat membantu mengubah taraf hidup semua OKU yang ada di P.Pinang.

Khalifah Lim juga berkata, wang RM 8.30 sen sebulan ini adalah merupakan satu bentuk sokongan Kerajaan DAP terhadap para OKU semua.

Mulia sungguh hati Khalifah Lim yang dididik oleh “wali” PAS Nik Aziz ini. Mesti Nik Aziz amat berbangga dengan murid kesayangannya yang begitu prihatin memberikan elaun RM 8.30 sen sebulan terhadap golongan OKU.

Inilah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin UMNO mana ada nak bagi RM 8.30 sen sebulan untuk OKU P.Pinang…, kalau bagi pun bukannya ikhlas macam Khalifah Lim yang amat disayangi pengikut PAS ni.

TakeBeerrr Guan Eng!!! Wa caya sama lu…

p/s: Lapan ringgit tiga kupang sebulan…. banyak boleh beli tuuuuu……

Advertisements

7 thoughts on “PANASSSS!!!! Khalifah Lim bagi RM 8.30 sen sebulan untuk warga OKU P.Pinang.

  1. 8.30 sen sebulan??? Boleh buat beli topup tu..kahx3.

    Like

  2. LGE bkn ikhlas nak bagi..dia sebenarnya nak menunjuk2 tu..dia ingat 8 ringgit sebulan tu besar sgt ke?

    Like

  3. Duit derma mana pulak dia nak rembat kali ni utk bg derma pd oku ni semua? Duit derma rumah urut pulak kot?

    Like

  4. dengan RM8.30 sebulan tu cukupla nak beli nasi kandar sebungkus dengan air, OKU kan kurang makan…berjimat cemat la katakan….

    Like

  5. APE PUNYE SIYAL LA SI KETUA JAMBAN NIH!. NK DERMA PUN X AGAK2 SEYHH. DIA INGAT 8.30 TUK BLI NASIK TAHAN SEBULAN KER?..ARI2 MKN 20 BIJIK BERAS??..HARKKK PTUIHHH!!

    Like

  6. Lim Guan Eng berpendapat RM8.30 sen sebulan merupakan satu jumlah yang cukup besar kepada orang miskin.

    Dia berpendapat, sekiranya orang miskin seperti OKU dapat RM8.30 sen samalah jumlahnya dengan RM830 sebulan.

    Banyak boleh dibeli oleh orang OKU yang miskin ini sumbangan RM8.30 sen sebulan.

    Orang OKU boleh beli beras hancur kelas paling bawah 2kg X RM1.00 =RM2.00.

    Ikan mata besar pecah perut jual kira selonggok (ada dalam 10 ekor) RM3.00.

    Ikan bilis tamban lama 300gm RM 1.50.

    Sardin cap murah (tin kecil) yang habis tarikh luput 2 tin X 60 sen =
    RM1.20 sen

    Ikan masin kembung 2 ekor =60 sen.

    Banyak boleh beli kan. OKU mana boleh membazir, berjimat cermatlah. Barang keperluan di atas tu boleh makan untuk sebulan, kata Lim Guan Eng.

    Like

  7. Anon 21:06..

    Bravo broo…patutlah Guan Eng rasa besar sangat RM 8.30 kupang tu…. banyak boleh beli ropanyaa….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s