Terima kasih Ku Li…

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana dibawah strateginya, UMNO/BN telah berjaya merampas semula kerusi DUN Galas dari PAS.

Terharu juga saya kerana Ku Li didalam temuramahnya bersama sebuah media telah menyatakan kemenangan di Galas ini adalah kerana kempen UMNO/BN berkonsep mesra rakyat dan juga media baru yang amat aktif.

Pengarah jentera BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah mengakui kaedah kempen yang dilakukan parti tersebut adalah antara adalah hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini. Antaranya ialah tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, kempen lebih kepada perjumpaan berkelompok dan juga lebih aktif menggunakan media baru. KL Today

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberikan kemenangan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional. Ini tandanya bahawa Allah masih memberi peluang kepada UMNO/BN melakukan tranformasi seperti yang DS Najib mahukan.

Tetapi, saya amat berharap.. jangan sekali-kali kita terleka dengan kemenangan di dua PRK yang baru berlalu kerana perjuangan menegakkan kebenaran menentang dakyah gabungan parti pembangkang bukanlah mudah.

Istiqamah dalam perjuangan adalah amat penting bagi mencapai kejayaan mutlak. Allah menjanjikan kebaikan yang berlipat ganda kepada mereka yang berjuang di jalanNya.

Ingatlah…, apa yang berlaku, semuanya adalah ketentuan Allah SWT…, bukannya Anwar, Nik Aziz, ataupun Kit Siang yang menentukan kita beroleh kejayaan atau tidak.

Ada hikmahnya disebalik kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi ini.

Kalau sebelum ini PM kita cakap, “sanggup bertaruh nyawa untuk mempertahankan Putrajaya“…, apa salah jika kita lakukan perkara yang sama berganding bahu bagi mengekalkan Putrajaya untuk generasi ahli UMNO/BN yang akan datang???

InsyaAllah…, saya yakin UMNO akan terus menerajui negara asalkan ia tetap dengan ideologi yang mendahulukan rakyat serta berlandaskan syariat Islam demi kekuatan bangsa melayu khususnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s