Kertas undi tanpa lambang ditemui di Pusat Pengundian SRJKC Kampung Baru.

Sebanyak 69.31% telah keluar mengundi setakat jam 2 ptg. Diberitahu jumlah ini masih belum dicampur dengan undi orang asli. Ketika ini, saya masih berada di Pusat Pengundian SRJKC Kampung Baru dikawasan Bandar Lama Gua Musang.

Saya telah diberitahu terdapat kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru. Perkara itu telah didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

Keadaan agak kecoh sedikit dimulakan oleh jentera pilihanraya PAS yang memprotes isu tersebut tetapi petugas-petugas SPR masih mampu mententeramkan keadaan.

Pasukan peguam PAS yang berada dikawasan peti undi ini juga telah dimaklumkan dan akan membuat laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu, saya juga diberitahu isu yang sama juga ditimbulkan di peti undi Sg Terah serta Kampung Baru. Laporan polis juga telah dibuat oleh unit PAS berkenaan isu tersebut.

Advertisements

One thought on “Kertas undi tanpa lambang ditemui di Pusat Pengundian SRJKC Kampung Baru.

  1. SBB DAH KALAH BERMACAM CERITA KELUAR. KALAU MNG? AGAKNYA INI LAH PENGUNDI HANTU PISS

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s