Edisi 18SG!!! Samseng import DAP mula buat kacau di Galas…

Satu kumpulan yang menamakan diri mereka “Malaysians For Beng Hock” dikesan telah membuat kacau disekitar kawasan penduduk cina di Bandar Lama Gua Musang sejak hari Ahad yang lalu.

Kumpulan ini dipercayai didatangkan khas dari Perak dan dikhabarkan telah dinaungi oleh Ketua Pemuda DAP iaitu Antony Loke Siew Fok.

Saya diberitahu kelmarin bahawa Ahli jawatankuasa MCA Pusat, Senator Heng Saie Kie juga telah diganggu oleh kumpulan ini ketika beliau sedang meninggalkan sebuah majlis perjumpaan dengan penduduk cina di Galas.

Kumpulan berkenaan telah menghalang Senator Heng yang juga merupakan Timbalan Menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.

Kekecohan berlaku apabila berlaku insiden tolak menolak diantara kumpulan penyokong DAP tersebut dengan kumpulan yang mengiringi Senator Heng.

Ini mengakibatkan Ketua Kumpulan “Malaysians For Beng Hock” yang juga merupakan abang ipar kepada TBH terjatuh. Peristiwa ini segera dimanipulasi oleh pemimpin DAP khususnya yang datang dari Perak dengan mengatakan Senator Heng telah mengasari masyarakat cina disitu.

Ketua Pemuda DAP Antony Loke telah menjuarai isu ini dengan mendesak MCA mengemukakan permohonan maaf kepada kumpulan tersebut.

Dia juga turut membekalkan gambar-gambar insiden tersebut bagi menimbulkan ketegangan dikalangan masyarakat setempat.

Politik kotor DAP ini adalah taktik untuk menakut-nakutkan para pengundi cina di DUN Galas. Sokongan semakin kuat pengundi cina kepada calon BN telah membuatkan pemimpin-pemimpin Pakatan tak senang duduk.

Dan saya juga difahamkan, ini merupakan taktik terakhir yang mereka akan gunakan sehinggalah hari pengundian bagi memastikan sokongan pengundi cina akan kekal kepada PAS dan Pakatan.

Advertisements

One thought on “Edisi 18SG!!! Samseng import DAP mula buat kacau di Galas…

  1. Jahat dan amat jijik sekali DAP/PKR maupun PAS dlm isu ini. DAP patutnya merasa malu atau setidak tidaknya “rilex” sikit dlm isu TBH, kerana prosiding Mahkamah masih berjalan. Adakah DAP mahu menjadi seperti Anwar, melalak melolong tak senang duduk dlm menghadapi kes melibatkan mereka? Nak cover kesalahan pemimpin mereka yg sekongkol sekali pun bukan seperti ini, ambil inisiatif berdiam diri lebih elok dari menonjolkan diri kerana rakyat yg mempunyai fikiran waras boleh memikir buruk dan baik.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s