Edisi 18PL!!! Ulamak copy & paste..

Tadi, saya terbaca kenyataan pengikut-pengikut PAS di dalam kebanyakan blog pro Pakatan yang mengatakan bahawa Tun Mahthir mengakui kebijaksanaan Nik Aziz didalam penggunaan Dinar Emas.

Saya tak tahu nak labelkan apa terhadap pengikut PAS yang begitu taksubkan Nik Aziz ini semua. Kalau dikatakan mereka kurang cerdik, marah pulak nanti. Tapi kenyataan mereka jelas menunjukkan kekurangan akal pemikiran yang ada pada mereka.

Tahukah mereka bahawa saranan penggunaan dinar emas di negara ini telah dibuat oleh Dr Mahathir hampir 10 tahun yang lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Jika Tun Mahathir tak berundur pada tahun 2003 dan digantikan oleh Tun Lah, pastinya penggunaan Dinar Emas dan perak telah dilaksanakan didalam sistem kewangan negara ini.

Pengikut-pengikut PAS semua tak sepatutnya menjadi jumud dan buta mata hanya kerana taksub dan mahu mengagung-agungkan Nik Aziz.

Mereka semua sepatutnya berterima kasih kepada Tun Mahathir yang mereka selalu caci dan maki hamun selama ini kerana telah memberi idea yang kemudiannya di copy & paste oleh “ulamak tua” Kelantan tersebut.

Kalau nak harapkan cetusan idea dari dalam serban Nik Aziz sendiri, alamatnya sampai dia masuk ke liang lahad lah “wahyu” yang di tunggu-tunggu tak akan turun-turun.

Nik Aziz hanya tahu mengambil idea dan juga kesempatan dari orang lain sahaja. Sebab itulah Kelantan amat perlahan pembangunannya dibawah pemerintahan PAS selama hampir 22 tahun.

Yang “maju” di Kelantan hanyalah perniagaan “menjual tiket masuk syorga” yang difrancaiskan oleh Nik Aziz kepada lebai-lebai kangkong PAS Kelantan.

Mungkin sebab pengaruh “tiket syorga” inilah, masyarakat Kelantan khususnya pengikut parti cap bulan amat percaya kepada kebijaksanaan Nik Aziz. Dan mungkin sebab itulah mereka sentiasa taksub kepada apa yang di katakan oleh Nik Aziz.

Saya percaya, kalau Nik Aziz “berfatwa” menyuruh pengikut-pengikutnya terjun ke perigi buta sekalipun, pasti akan berduyun-duyun pengikutnya menurut arahan tersebut kerana ketinggian perasaan taksub mereka!

Advertisements

2 thoughts on “Edisi 18PL!!! Ulamak copy & paste..

  1. Tepat sekali bro, idea asal ini adalah idea Tun M, kalau Nicky Ajis tak percaya, dia boleh tanya Omar Vadillo yang kini menjadi CEO anak syarikat Kerajaan Kelantan!

    Aku sendiri pernah jumpa Omar Vadillo dulu dan dia beritahu aku, Mahathir la empunya idea ini, tapi biasala PAS kan suka ambik kredit orang lain.

    PAS semakin hari semakin PARIA jadinya…

    Like

  2. Betul bro PK. Apa nak jadi puak2 PAS ni semua. Makin lama, makin harami jadinya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s