Penghalau hantu diperlukan di Galas…

Pakar pengamal mistik ala-ala uncle seekers diperlukan oleh PAS di Galas bagi menghalau hantu-hantu yang didakwa akan berkeliaran semasa tempoh pengundian berlangsung 4 November nanti.

Bagi sesiapa yang mempunyai kebolehan menjampi air mineral yang boleh digunakan untuk menghalau hantu-hantu tersebut, silalah berjumpa dengan wakil-wakil PAS di markaz-markaz yang berhampiran.

Khabarnya, setiap seekor hantu yang berjaya ditangkap akan dibayar dengan dinar emas mengikut berat setiap kilo. Sekeping tiket ke syorga akan diberikan kepada penangkap hantu yang memperolehi hasil terbanyak.

Pada sidang media, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa BN akan melakukan apa sahaja bagi memastikan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

BN akan menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengeluarkan kad pengenalan dan menabur wang kepada pengundi-pengundi supaya menyokong mereka.

“Kalau terpaksa BN buat untuk mendapatkan sokongan, BN akan tawarkan sogokan kepada pengundi-pengundi di sini.

“Malah saya percaya BN akan menghantar petugas-petugas mereka untuk menyamar sebagai pengundi ketika hari pengundian nanti (4 November).

Advertisements

3 thoughts on “Penghalau hantu diperlukan di Galas…

  1. laaa..kalau tahu dah nak kalah macvam-macam tuduhan dan alasan membabi buta duikeluarkan oleh pihak PAS. Dah basi la kenyataan macam ni kami dengar…dulu pun sama lni pun masih guna ayat yang sama..aduuhhh ngaku sajalah wahali Ahli Nujum PAS bahawa kamu akan kalah di GALAS..Pok Nik dah garu kepala entah apa lagi nak berucapa digalas samapai rakyat sendiri dah meluat dengan fatwa poltik beliua…ore-ore kampong dah sedar pok nik…dah tau dah tembelang kamu depa bukan bodoh lagi…heheheh..

    Like

  2. Melalui pengalaman pilihanraya2 yang lepas, apa juga tuduhan yang dilemparkan kepada BN oleh PAS ini adalah merupakan rancangan mereka sendiri. Pengundi hantu, sogokan, ugutan dan pembohongan adalah kerja PAS sejak azali. Ini adalah untuk mengabui pengundi jika sekiranya terdapat kes, mereka akan cepat kata BN yang buat.
    Bertaubatlah, wahai penganut agama PAS……

    Like

  3. hhmmmm…pkai kopiah….tp nk menipu jek…ke kne tpu ngan PAS sndiri…hadoi…asik2 undi hntu…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s