PANASS!!! PAS mengaku rasuah pengundi luar….

Semasa berlangsungnya beberapa PRK yang lalu, kebanyakan blog pro-PR menghentam UMNO/BN apabila parti itu dikatakan membayar pengundi untuk mengundi parti itu. Kali ini PAS pula secara terang menyatakan bahawa parti itu akan membayar kos balik kampung pengundi luar sehingga RM250.

Menurut berita yang dilaporkan, ada kira-kira 1557 orang pengundi Galas diluar Kelantan. Jika BN sebelum ini dituduh membeli undi, PAS pula kini cuba melakukan hal yang sama di DUN N45 ini.

Apabila PAS berjanji untuk membayar sejumlah wang untuk kemudahan pengundi luar, maka hal ini sudah mewujudkan rasuah kepada pengundi yang bakal menerima wang tersebut.

Walaupun PAS tak mengakui mereka memberi rasuah, tetapi rasuah tetap juga rasuah walau bagaimanapun ia ditafsir dan juga dilabelkan.

PAS nampaknya semakin terdesak untuk mempertahankan DUN Galas ini sehingga sangup melakukan apa saja bagi memperolehi kemenangan. Ugutan, penipuan, fitnah dan juga yang terbaru rasuah, semakin berleluasa didalam kempen PAS di Galas.

Cara terdesak ini adalah bukti menunjukkan bahawa PAS semakin hilang keyakinan untuk memenangi undi masyarakat disini. Sebab itulah kempen terdesak begini dilakukan sebagai langkah terakhir mereka.

PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Penasihat jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah. Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

“Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

“Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus,” katanya. Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

“Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka,” katanya dalam satu sidang media hari ini. – MalaysiaKini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s