Ugutan telah mula dilakukan terhadap peniaga cina di Galas…

Barisan Kedai Peniaga Cina di Bandar Lama Gua Musang

Saya berkesempatan bersembang dengan seorang peniaga cina yang berniaga kasut dan peralatan sekolah di Bandar Lama Gua Musang tentang Pilihanraya Kecil Galas yang sedang berlangsung kini.

Saya agak terkejut bila diberitahu dia mendengar khabar bahawa para peniaga cina di kawasan tersebut telah diugut oleh pihak-pihak tertentu supaya wajib mengundi PAS jika tak mahu sebarang masalah timbul.

Peniaga-peniaga tersebut telah diberitahu bahawa lesen perniagaan mereka akan dibekukan dan tak diperbaharui jika PAS tewas dikawasan pengundi cina.

Peniaga cina ini menyatakan kegusaran mereka terhadap cerita ugutan tersebut dan menyifatkan bahawa hak mereka telah dirampas demi kepentingan politik pihak tertentu.

Bagi saya, jika perkara ini benar ada.., perbuatan pihak yang tak bertanggung jawab ini adalah amat memalukan. Kebebasan masyarakat untuk memilih wakil mereka dinafikan hanya kerana ada pihak yang kejarkan kuasa dan jawatan.

Jika beginilah cara permainan politik pihak tersebut didalam mencari kemenangan, apalah yang boleh mereka banggakan?

Ini bukanlah demokrasi sebenar yang diamalkan didalam negara ini. Ini sebenarnya adalah politik haprak bertopengkan demokrasi yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin tak sedar diri!

Advertisements

One thought on “Ugutan telah mula dilakukan terhadap peniaga cina di Galas…

  1. Sian ko Cino GM. Kena ugut sapai gitu skali..

    Woi Badigol, nak buat cerita pun biar munasabah sikit. Bapok aku pon cino nego kedai runcit kat GM. Org Islam gapo lagu ni, kecek pelawok kohong. Puak-puak kami tak dok masalah lasung dgn PAS. Kami semua sokong PAS, selepas 20 thn dok bawah PAS banyok improvement dibuat. KECEK BIAR BETUL SIKIT, DOSA.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s