Padah bila sokong UMNO/BN…

Seorang pekebun getah di Kg Pulai yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos BN di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi benih getah dari exco pertanian negeri.

“Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima benih bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan tersebut diberi tanpa sebarang masalah.”

“Ini menggambarkan Pakatan benar-benar terdesak kerana bantuan benih bukan dari sumber duit Pakatan sebaliknya ia adalah hasil cukai yang dibayar rakyat.”

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat bantuan tersebut.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat DAP. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon BN meningkat .

Berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cenderung kepada BN.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon UMNO/BN iaitu Abdul Aziz Yusoff. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru ini tak mendapat sambutan.

Sementara itu lawatan Abdul Aziz ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu kelmarin menerima sambutan hangat penduduk tempatan yang rata-rata kaum Tionghua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s