PAS gunakan kempen Pilihanraya Galas untuk mintak derma PRU13….

Sepatutnya, pada waktu pilihanraya ni para pemimpin bagi duit kepada rakyat, bukannya “merompak” duit poket rakyat. Macam mana PAS memerintah ni kalau asyik-asyik nak minta derma saja.

Daripada derma untuk mengenyangkan tembolok pemimpin PAS, baik sedekahkan duit tu kepada masjid/sekolah agama/surau/rumah anak yatim/ ataupun fakir miskin. Itu lagi bagus rasanya daripada bagi duit tu pada parti cap bulan ni.

Kalau nak minta derma sekalipun, takkan lah buat jamuan laksa jee….Agak-agaknya, berapa persen tuan rumah boleh dapat dari kutipan derma tu?

Haprak betul puak-puak PAS Kelantan ni.. Untuk tabung pilihanraya, sibuk sangat minta derma . Tapi masa ada duit dulu mereka hentam pergi beli bangunan Markas PAS yang berharga RM4.5 juta . Ntah-ntah.., duit beli bangunan tu pun hasil dari kutip derma jugak kot…?

Saya bukannya tak suka dan menghalang sebarang program kutipan derma, tetapi saya agak kesian apabila melihat pengikut-pengikut PAS yang sering ditipu oleh orang-orang yang berlakon alim mengalahkan Tok Lebai ni semua.

Kerajaan PAS Kelantan bukannya tak ada sumbernya sendiri. Harta negeri puak-puak mereka ini baham tanpa langsung memperdulikan nasib rakyat. Tapi, pemimpin-pemimpin PAS ini masih tamakkan duit rakyat.

Lepas habis mereka “gomo” harta perbendaharaan negeri seperti balak dan juga tanah, kini kerajaan PAS Kelantan nak “gomo” pulak harta rakyat. Apa punya jenis kerajaan negeri macam PAS ni? Dan macam komunis pulak bila asyik-asyik menyusahkan masyarakat.

Lagi satu, duit derma selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan tu pernah di audit tak? Pernah tak PAS isytiharkan duit-duit derma tersebut digunakan untuk apa? Apakah duit-duit sumbangan derma ini semua masuk ke poket individu-individu tertentu?

Agak-agaknyalah kan, kenapa masih ramai pengikut PAS yang mudah diperbodohkan melalui kutipan derma jihad dan ntah apa-apa lagi ni..? Bukankah bukti terang-terang ada membabitkan penyelewengan wang derma Tabung Memali dan juga Kohilal ?

Takkan itupun mereka masih tak nampak? Ataupun sengaja mereka buat-buat tak nampak kerana takut “tiket syorga” mereka ditarik balik?

Advertisements

One thought on “PAS gunakan kempen Pilihanraya Galas untuk mintak derma PRU13….

  1. Jom derma weh.. tak derma tak leh masuk syurga… Derma kerpok pun jadilah…

    Saja lawak dengan bewak PAS…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s