Edisi N45 Galas!!! PAS itu pengotor.., pengotor itu adalah PAS!!!

Lihatlah sendiri bagaimana pengotornya para pengikut-pengikut PAS yang datang dari seluruh negara ke PRK N45 Galas Kelantan ini.

Saya telah membuat tinjauan ke tapak ceramah mereka di Lorong Masjid Razali, Kampung Baru Gua Musang selepas berakhirnya majlis ceramah yang diadakan oleh penceramah PAS.

Keadaan di sekitar tapak ceramah tersebut amatlah memualkan. Sampah sarap dibuang merata-rata dan ditinggalkan begitu saja oleh para “ahli syorga” PAS. Jika dikumpulkan, mungkin sampah sarap tinggalan bangsa-bangsa PAS ini boleh memenuhi 3 tong Majlis Daerah Gua Musang.

Beginikah yang dikatakan PAS itu mengamalkan ajaran Islam tulen? Bukankah Islam itu sendiri menuntut umatnya mengamalkan kebersihan walau dimanapun berada?

Himpunan sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengikut serta penyokong PAS di kawasan bersebelahan Masjid Razali ini membuktikan bahawa PAS itu memang pengotor.

PAS bukan saja telah menjatuhkan imej Islam itu sendiri, tetapi PAS dan pengikutnya juga telah membuktikan bahawa mereka hanya tahu bercakap sahaja mengenai ajaran Islam.

Pemimpin-pemimpin PAS hanya tahu berkokok berderai-derai tentang keislaman parti mereka, tetapi dalam masa yang sama, hujung jubah mereka penuh bergelumang dengan tahi akibat dari kebodohan sendiri!

Advertisements

2 thoughts on “Edisi N45 Galas!!! PAS itu pengotor.., pengotor itu adalah PAS!!!

  1. Mulut para pemimpin dan juak-juak fanatik PAS semuanya busuk.

    Mulut mereka yang suka menghina manusia lain bukan untuk menasihati.

    Adat PAS menabur fitnah apabila bersuara kerana termakan hasutan DAP dan PKR. Maka bau mulut mereka membusuk sehingga ke kepala.

    Sanggup menghina amal kebaikan yg dilakukan oleh pihak UMNO. Seolah-olah amalan mereka yang terbaik. Ini dikatakan bodoh sombong.

    Like

  2. Pengikut PAS laknatullah punya keje? Apa nak heran… Agaknya ini salah satu cara nak ke syurga mereka.

    Maaf le aku nak mencelah jap. Tabiat orang kita secara amnya. Buang sampah merata2 walaupun tong sampah depan mata. Puntung rokok, kulit langsat makan dlm keta, tisu, plastik air minuman, tin minuman..dan macam2 lagi. Aku penah nmpak tukang sapu sampah di sebuah majlis perbandaran, sapu sampah bersihkan jalan..tapi sampah tu, dihumban ke longkang. Itu tukang sapu sampah. Yg bukan?? Fikir-fikirkanlah

    Adei..

    “You must be the change you want to see in the world”

    Aku pegang ni, aku nak tgk persekitaran aku bersih, jadi aku takkan buang sampah merata-rata walaupun secebis.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s