UMNO salah atau pemimpin yang salah?

Baguslah kalau ada yang sedar tentang hal ni.. Banyak yang memperkatakan tentang masalah dalaman UMNO di PAU kali ini.

Jika semua ini adalah proses baik pulih didalam UMNO, biarlah ia diluahkan dengan cara yang paling ikhlas dari para perwakilan.

Ubat yang pahit adalah ubat yang paling mujarab. Jangan ada pula pemimpin yang terasa dan makan hati dengan apa yang para perwakilan luahkan.

Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof berkata, masalah yang membelenggu Umno selama ini adalah disebabkan kerana sikap pemimpin.

“Masalah yang timbul dalam Umno bukan kerana ahlinya tapi kerana pemimpin.

“Kerana akhir-akhir ini pemimpin kita cukup syok dengan angin-angin syurga yang dihamburkan, pengampu dan hipokrit.

“Orang yang macam ini yang pemimpin kita kayakan. Mereka ini bila kaya tidak turun ke bahagian, tidak turun ke cawangan, mereka tidak bantu akar umbi,” katan beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Mohd Said berkata, pemimpin Umno perlu menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu sebelum musnah kerana angkara sendiri.

“Sebagai pemimpin kita kena tegas, jangan syok dengan peribahasa sahaja tanpa ambil tindakan.

“Adakah mahu tunggu semua hancur baru nak respons? Lebih baik kita perbaiki apa yang lemah,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s