Guan Eng tak setuju elaun JKKK dinaikkan..

Si ‘Lidah Biawak’ ni dah habis modal agaknya. Bukannya nak suruh tambah peruntukkan kepada rakyat marhain, tapi diperjuangkan bonus kakitangan Kerajaan pulak. Pancing undi ke Guan Eng?

Dua tiga hari lepas, si lidah biawak ni bising pasal cadangan Menara Rakyat. Konon-kononnya membazirlah dan macam-macam lagi. Tapi ini perkara biasa bagi pemimpin pembangkang. Semuanya nak dibangkang hinggakan kalau boleh, nak bercakap pun akan dibangkang!

Tahu tak Guan Eng, Menara Rakyat adalah projek pelaburan oleh PNB bagi meningkatkan pulangan kepada pelaburan oleh para pemegang unit-unit amanahnya. Ia tidak dibina menggunakan duit kerajaan satu sen pun.

Jadi apa yang nak dibisingkan? Dah tak ada tanah penduduk kampung di P.Pinang untuk dirompak ke? Ataupun Guan Eng dah boring sebab dah habis gerai peniaga melayu dirobohkan di P.Pinang?

Apalah yang Guan Eng ni dengki sangat bila JKKK dapat elaun lebih dari kerajaan? Mungkin Guan Eng marah kerana dia juga tak dapat bonus tahun ni. Jangan lupa bahawa Guan Eng juga adalah salah sorang kakitangan kerajaan jugak…

Jadi, kenyataan Guan Eng ni sebenarnya bukan untuk membela kakitangan kerajaan. Sebenarnya dia nak meluahkan rasa kecewanya akibat tak dapat bonus melalui bajet tahun ni.

Parlimen – Guan Eng Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Elaun JKKK

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pembinaan projek mega namun tiada pemberian bonus kepada kakitangan awam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK namun tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini.

“Kita mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat kerana mereka rasa kurang senang hati dengan Belanjawan 2011.

“Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam.

“Bukan itu sahaja, kerajaan mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.

p/s: Guan Eng frust pasal tak boleh shopping sakan di Singapore pasal takdak bonus.. hahaha…
Advertisements

2 thoughts on “Guan Eng tak setuju elaun JKKK dinaikkan..

  1. JKKK ramai orang melayu, ramai juga yang pro kerajaan BN dan duduk di kampung sebab tu si kalipah harbi ni meroyan.

    Like

  2. Betul bro…inilah perangai kalipah yang ramai penganut agama PAS dan PKR tak sedar..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s