Kaki kencing PKR akan disaman oleh "ejen UMNO"….

Ingat tak lagi sebelum ni Saifuddin Nasution kata bahawa orang luar yang membuat kekecohan didalam pemilihan PKR? Dan Saifuddin juga membayangkan bahawa UMNO terlibat didalam semua kekecohan yang berlaku.

Dan bila Saifuddin dicabar oleh pemimpin UMNO supaya membuktikan tuduhannya tersebut, Kaki kencing PKR ni telah memberikan satu nama yang dikatakan bukan ahli PKR dan dikatakan “ejen UMNO” yang diupah bagi menimbulkan kekecohan sewaktu pemilihan PKR berlangsung.

Bertepuk soraklah seluruh pengikut PKR dan Pakatan dengan kejayaan Saifuddin memberikan bukti orang yang kononnya “dalang kekecohan upahan UMNO” tersebut.

Tapi, air kencing itu tetap hancing juga dan takkan bertukar menjadi seharum air teh herba.

Saifuddin Nasution bukan sahaja menambah burukkan imej PKR malah dia secara langsung telah menunjukkan bahawa dia memang seorang yang kuat kencing dengan terdedahnya pengakuan ahli PKR yang dituduh sebagai “ejen UMNO” tersebut.

Malu wehh…mana Saifuddin nak letak muka selepas ini? Silap haribulan, dia akan kena saman juta-juta pulak dengan Razak Halidi yang dituduhnya sebagai dalang tersebut!

SHAH ALAM – Selepas seminggu mendiamkan diri apabila dituduh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail sebagai orang luar yang mendatangkan kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Langat, Abdul Razak Halidi, tampil untuk sahkan beliau masih ahli PKR.

Menurutnya, beliau masih memegang jawatan ketua cabang itu dan pemecatannya pada 9 September 2008 tidak sah.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan pemecatan keahliannya, sebaliknya masih mempunyai keahlian B210000792 yang dicetak pada tarikh 2 November 2008.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak cerdik Saifuddin kerana mendakwa saya ahli UMNO sedangkan langsung tidak pernah menjadi ahli kepada parti itu, cuma ahli Pas. Malah ketika Pilihan Raya Kecil Lunas saya adalah ahli jentera keselamatan kepada beliau,” katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan Saifuddin pada sidang akhbar pada 6 Oktober lalu yang Abdul Razak adalah orang luar yang menjadi dalang kepada kekacauan MATC Kuala Langat.

Abdul Razak berkata, beliau juga telah membayar yuran keahlian sebelum proses pengundian yang melayakkannya menunaikan tanggungjawab terhadap pemilihan parti.

Katanya, tindakan menjawab dakwaan Saifuddin itu sebagai tindakan tepat.

“Masa inilah perlu membuat pembetulan. Jika makin berusia lebih sukar membuat perubahan mengenainya. Buat masa ini saya percaya salah guna kuasa dalam parti banyak berlaku dan saya minta penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan,” katanya.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap parti dan Saifuddin. -SH

Advertisements

One thought on “Kaki kencing PKR akan disaman oleh "ejen UMNO"….

  1. Biasa la tu..katak mati tengah jalan pun, UMNO yang buat. Politik NAFI apa boleh buat.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s