Pilihanraya kecil N45 Galas dan P185 Batu Sapi akan dijalankan serentak.

Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

“Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini,” katanya.

Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.

“Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini,” kata Abdul Aziz.

p/s: Mana satu nak pilih untuk buat liputan niii…..
Advertisements

2 thoughts on “Pilihanraya kecil N45 Galas dan P185 Batu Sapi akan dijalankan serentak.

  1. mungkin keputusan SPR ini baik untuk semua pihak.
    boleh buat liputan dua-dua, banyak info nanti..

    p/s: tuan blog, mohon dipasang link saya.

    Like

  2. Tuan Melanau, link sudah dimasukkan.

    PRK ni kalau diadakan serentak, susahlah nak jumpa kawan2 di Sabah… rugi besar tuu… hahahaha..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s