Salleh Man bawa totok-totok PAS untuk sokong wang judi Lim Guan Eng.

Sesi penerangan untuk menjawab isu wang hasil judi kerajaan DAP di P.Pinang telah diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi pagi tadi. Ia dikepalai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Saleh Man.

Ceramah juga disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Hampir 70 warga emas yang merupakan ahli PAS dan PKR hadir setelah dibawa ke Majlis itu oleh petugas-petugas parti tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa warga-warga emas ini dikumpul dari lebih 10 kawasan Seberang Perai iaitu Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan-kawasan lain.

Saya juga diberitahu oleh pihak majlis, pada awalnya dianggarkan lebih 600 warga emas penerima wang ehsan telah dijemput ke majlis penerangan ini. Tetapi akhirnya, hanya 70 sahaja yang hadir.., itupun setelah usaha menyediakan pengangkutan dan urusan perjalanan disediakan.

Menariknya di Majlis Penerangan ini, Salleh Man telah mengaku bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng telah menerima hasil judi dari kelab lumba kuda. Tetapi Salleh Man segera manafikan duit tersebut digunakan didalam pemberian wang ehsan RM100.

Duit itu kononnya digunakan untuk program yang lain. Terfikir juga saya, adakah program lain yang dimaksudkan oleh Salleh Man ini ialah Program berbuka puasa dan sumbangan kepada Masjid-masjid di sekitar P.Pinang yang dilakukan kerajaan DAP sebelum Aidilfitri dulu?

Nampaknya, setelah exco agama Malik Kassim dari PKR tak mampu menangani isu wang hasil judi yang diterima Lim Guan Eng untuk Program Basmi Kemiskinan di P.Pinang, kini Salleh Man dari PAS pula menjadi lembu tambatan kepada Lim Guan Eng dan DAP negeri.

Inilah bukti bahawa PAS dan PKR hanya menjadi barua talibarut mencuci najis kepada kafir harbi DAP di negeri P.Pinang ini!

Advertisements

7 thoughts on “Salleh Man bawa totok-totok PAS untuk sokong wang judi Lim Guan Eng.

  1. Salam MPP

    Astagfirullahalazim

    Kenapa pakcik pakcik tu sanggup bawa kain rentang macam tu. Tak malu ke? Bangga sangat dengan duit kuda.

    Apa nak jadi dengan mereka ni?

    Like

  2. Astagfirullahalazim….

    urut dada aku bro. lepas ni boleh la LGE guna duit babi dan duit arak plak. ni yg dinamakan politik haprakk dari pas….

    Like

  3. kesiannnn. mata dan hati dah dibutakan dengan kepiah dan serban. nak buak guano.

    Like

  4. salleh man lah yg tak akan aman di dunia dan di akhirat nanti…ish ish ish……….. melayu pengampu yg mcm inilah yg akan memadamkan melayu di tanah melayu ini nanti jika dibiarkan……….

    Like

  5. aku sikit pun tk hairan jika penyokong pas dan pkr akan akan menghalalkan duit dari sumber judi atau apa2 lagi, kerana ulamak mereka akan kata duit tu halal sebab dari pr.Tapi jika BN yang buat macam tu, dah tentu puak2 ni akan berguling atas jambatan Pulau Pinang dua tiga hari.

    Like

  6. Puak-puak ini kalu LGE bagi sup BABI pun mereka telan…aji tak aji…sebab mereka ni PAS …semua dah halal..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s