Dalam sehari, dua pemimpin PKR disiasat berhubung isu pembunuhan Sosilawati.

Hari ini saja, dua pemimpin atasan PKR disiasat berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang telah dibunuh dengan kejam di Selangor.

Anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini telah dipanggil untuk memberi keterangan secara berasingan berhubung kes pembunuhan tersebut.

Cuma yang berbeza ialah, YB Mike memberi keterangan bagi membantu siasatan mengenai kehilangan ahli perniagaan, S Anpalagan, sejak Ogos tahun lalu.

Manakala Samsul pula dipanggil untuk memberi keterangan berikutan kenyataan bodohnya yang mengaitkan bekas Ketua Polis Negara dengan kes pembunuhan tersebut.

Nampaknya, pemimpin PKR bukan saja pandai bermain politik, tetapi mereka juga pandai mempolitikkan apa sahaja isu yang terjadi di dalam negara demi keuntungan serta kepentingan politik mereka.

Dulu sewaktu kes Teo Beng Hock, mereka-mereka ini juga yang bising ke sana ke mari mempolitikkan kes tersebut. Begitu juga dengan kes kematian A Kugan yang didakwa dipukul pihak Polis.

Tak ketinggalan juga kes kematian adik Aminur Rashid. Semuanya telah diputarbelitkan dan dijadikan modal politik pemimpin PKR untuk memburukkan pihak berkuasa dan juga kerajaan.

Jadi, penglibatan pemimpin PKR didalam isu-isu diatas sebenarnya bukan bertujuan untuk perjuangkan nasib rakyat bawahan.

Penglibatan mereka-mereka ini sebenarnya hanyalah untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa kejadian bertujuan semata-mata untuk meraih populariti murahan!

Advertisements

3 thoughts on “Dalam sehari, dua pemimpin PKR disiasat berhubung isu pembunuhan Sosilawati.

  1. Mereka semua bodoh yang tak boleh diajar.
    Pandai tak boleh diikut.
    Dapat kedudukan , semua dia yang punya…..

    Like

  2. Dah jemu kita dengar.. siasat – siasat – siasat sebaliknya keputusan sisatan dipendamkan atau diam begitu sahaja – NATO (No Action Talk Only)
    Apa dah jadi dengan kerajaan sekarang pun tak tahu lahh … berkuku besi lah sikit , buat macam Singapore. Walau pun rakyat melalak tapi maju juga..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s