Md Sabu bakal calon PAS di N45 Galas ?

Ada desas desus dikalangan kawan-kawan PAS saya di P.Pinang yang mengatakan bahawa Md Sabu adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi calon seandainya Pilihanraya Kecil DUN N45 Galas diadakan.

Kata mereka, ia berdasarkan seniority Md Sabu didalam PAS dan juga berdasarkan kemungkinan UMNO meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon di pihak UMNO/ Barisan Nasional.

PAS P.Pinang juga dikhabarkan bakal mengusulkan nama Md Sabu sebagai pilihan untuk bertanding di DUN Galas kepada PAS Pusat didalam mesyuarat khas yang bakal diadakan untuk persediaan PRK tersebut.

Ada benar jika difikirkan apa yang dikatakan oleh mereka. Md Sabu kini langsung tak mempunyai jawatan didalam PAS. Md Sabu juga tak mempunyai jawatan sebagai ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri di mana-mana kawasan dalam negara.

Pada PRU 2008, Md Sabu bertanding di kerusi Parlimen di Kuala Terengganu, Terengganu tetapi dia tewas ditangan calon Barisan Nasional ketika itu. Dan pada 2009, Md Sabu cuba pula bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menentang Nasharudin Md Isa, tetapi dia menarik diri disaat-saat akhir.

Ini menjadikan “ayam tambatan” PAS ini sebagai ahli biasa didalam PAS tanpa sebarang jawatan untuk dibanggakan.

Jadi, untuk menaikkan kembali Md Sabu di dalam politik PAS, sebab itulah namanya antara yang paling awal disebut untuk mengisi kekosongan di DUN N45 Galas.

Walaupun ini belum dimuktamadkan, ia patut diambil kira oleh UMNO/Barisan Nasional Kelantan. Ini kerana, jika benar Md Sabu menjadi calon di DUN Galas, ia pastinya satu tugas berat buat mereka untuk mengekang “heavyweight” PAS ini.

Advertisements

One thought on “Md Sabu bakal calon PAS di N45 Galas ?

  1. Peluang BN menang besar kalau Ku Li jadi calon UMNO/BN.
    Kalau Mat Sabu jadi calon PAS beranikah Anwar datang ke Galas, aku nak tanya dari mana gelaran 'Aljuburi' tu datang agaknya?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s