PKR memang parti yang kuat…

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menuduh kekecohan sewaktu pemilihan PKR baru-baru ini sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR.

Ia bertujuan untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa PKR sedang kalut dan mengalami masalah dalaman. Kekecohan itu dilakukan dan didalangi oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kehebatan demokrasi didalam PKR.

Kata Saifuddin lagi, kekecohan ini merupakan satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya.

TS Muhyiddin ketika ditanya tentang kemelut yang berlaku didalam pemilihan PKR terutamanya di Selangor, menganggap kekecohan didalam pemilihan yang berlaku tersebut menunjukkan kelemahan PKR dan tidak mampu memerintah negara.

Bagi saya, memang PKR itu sebuah parti yang kuat. Rakyat mana didalam negara ini yang tak tahu dengan kekuatan yang ada pada PKR? PKR merupakan parti yang paling kuat berjanji, paling kuat berbohong kepada rakyat dan paling kuat memfitnah pemimpin kerajaan.

PKR telah membuktikan parti mereka amat kuat sejak dari kempen PRU 12 yang lalu. Pada waktu itu, ceruk kampung mana yang terselamat dari kencing puak-puak PKR ini? Hampir keseluruhan tempat di semenanjung telah dicemari dengan bau hancing pemimpin PKR berkempen.

Dan perlu diingat, yang paling kuat didalam PKR adalah Ketua Umumnya iaitu Anwar Ibrahim. Sejarah pasti akan mengenang kekuatan bohongnya sewaktu melafazkan janji hancing 16 September untuk merampas Putrajaya.

Jadi, tak perlulah Saifuddin mewar-warkan tentang kekuatan PKR kepada umum. Setiap yang bernyawa di Tanah Melayu ini sudah sedia maklum mengenainya.

PKR itu memang kuat. Anwar Ibrahim juga merupakan “political animal” yang paling kuat. Tapi sayangnya, kekuatan yang ada pada PKR langsung tak bermanfaat pada rakyat. Dan kekuatan Anwar Ibrahim juga merupakan satu mudarat kepada ketenteraman dan juga kemakmuran negara!

Dengan itu, Saifuddin tak perlulah perasan bahawa partinya itu hebat!!

Advertisements

5 thoughts on “PKR memang parti yang kuat…

  1. Memang kuat…tapi kuat kencing jee laa…Merata2 pancutnya..kahx3

    Like

  2. Nuar bkn setakat kuat kencing, dia juga kuat sontot belakang.. Depan belakang sama saja bagi Nuar. -boyjb

    Like

  3. BETUL TUAN BLOG, PKR MMG KUAT KENCING DAN KUAT BERJANJI. BAU HANCING KENCING B.A.B.I TU MASA 16 SEPT PUN TAK HILANG LAGI DI KPG AKU. KUAT SUNGGUH BAU HANCING DIA. BOLEH MASUK WORLD REKOD NI. HUAX12.

    Like

  4. segala yang berlaku telah dibayar tunai oleh yang maha kuasa….

    tokawe

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s