Khalid Ibrahim akan berganding bahu bersama Zaid untuk lawan Azmin..

Khabar yang baru saya terima mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim hampir pasti akan mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Saya difahamkan, tindakan Khalid ini merupakan langkah akhir bagi memecahkan undi untuk Azmin Ali yang diketahui ramai merupakan calon pilihan Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut.

Khalid Ibrahim dijangka akan bergandingan dengan Zaid Ibrahim bagi menentang Azmin Ali untuk memenuhi visi Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah yang menyokong penuh Zaid Ibrahim menduduki jawatan Timbalan Presiden PKR.

Jika ini berlaku, Azmin pasti akan berdepan laluan yang sukar didalam pertandingan menentang dua calon “heavyweight” dalam parti tersebut.

Anwar pasti akan pening kepala untuk mencatur strategi baru bagi memastikan kemenangan untuk “budak kesayangannya” terjamin 100%.

Yang pasti, situasi sekarang didalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR sebenarnya bukan lagi diantara Azmin, Zaid, Mustafa Kamil ataupun Khalid Ibrahim. Tetapi ia sebenarnya adalah pertandingan diantara Wan Azizah dan juga Anwar Ibrahim!

Ibarat gajah sama gajah berperang, kancil pasti akan mati terhimpit ditengah-tengah.

Persoalannya sekarang, diantara Azmin, Zaid dan juga Khalid Ibrahim.., siapakah yang bakal mati terhimpit?

p/s: Kak Wan nampaknya marah sangat sewaktu pemilihan PKR cabang Permatang Pauh hari tu…, mungkin sengaja nak lepaskan marah terhadap Anwar kot?
Advertisements

3 thoughts on “Khalid Ibrahim akan berganding bahu bersama Zaid untuk lawan Azmin..

  1. TIGA3 TAK BULEH PAKAI.SEDUIT PUN TAK GUNA KALAU JADI PEMIMPIN!

    Like

  2. Pertandingan dalam PKR umpama yg kalah jadi arang, yg menang jadi abu. Yg untung cuma bung nuar saja sbb depan blkg dia dah sapu

    Like

  3. saya menyokong penuh hasrat khalid ibrahim ni. saya tahu cara pimpinan beliau semasa bekerja di pnb dulu.

    biarlah pkr hancus dan porak peranda dengan hasrat ini.

    -art-

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s