Apakah Nik Aziz dan PAS nak gadai tanah Kelantan demi undi…

Apa lah punya teruknya Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz ni.. Di P.Pinang cina DAP punyalah sibuk nak “rampas” tanah-tanah perkampungan melayu dan juga tanah rezab melayu, tapi di Kelantan ada pula usaha untuk beri sedekah tanah pada cina disana.

Sebelum ini kita hanya biasa dengar tentang “Malay reserve land” dan juga “Malay freehold” saja, sekarang ni dah ada pula “Chinese Freehold” di Kelantan. Bila masa pula wujud kod tanah baru dalam negara?

Didalam pengetahuan saya, bukan mudah untuk orang luar memiliki tanah di Kelantan biarpun dia adalah berbangsa melayu.

Sesiapa yang berminat nak beli tanah di Kelantan, dia kena mempunyai IC 03 iaitu kod bagi kelahiran negeri Kelantan, kalau tidak, dia kena angkat sumpah dulu sebab proses tukar nama tidak dapat dilakukan di pejabat tanah.

Sudah termaktud dalam Akta Tanah yang mana tanah di Kelantan cuma boleh dimiliki oleh anak kelahiran Kelantan atau pemastautin di Kelantan selama beberapa tahun (perlu disahkan melalui surat sumpah).

Penama Syarikat boleh mencuba untuk membeli tanah di Kelantan dan melakukan prosedur pengisian Borang 14A seperti biasa, namun fail tersebut akan melalui tapisan EXCO terlebih dahulu untuk kelulusan. Perlu ditegaskan tiada jaminan kelulusan akan dikeluarkan.

Ini bolehlah dirujuk melalui Enakmen Tanah Kelantan 1938 dan juga Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.

Akta tanah bagi negeri persekutuan dinamakan Kanun Tanah Negara (KTN), dan di Kelantan terdapat tambahan Enakmen Tanah Kelantan. KTN adalah juga tergunapakai di Negeri Kelantan namun jika terdapatnya berlawanan klause di dalam Enakmen Tanah Kelantan dan KTN, Klause Enakmen Tanah Kelantan adalah digunapakai. Ini bermaksud Enakmen Tanah Kelantan adalah lebih besar kuasanya dari KTN.

Di negeri Kelantan, tanah Kerajaan tidak boleh diberimilik kepada orang yang bukan anak Kelantan seperti yang ditakrifkan dalam Enakmen Tanah Kelantan, 1938 tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukan ini dipelihara melalui Jadual Kedua Belas KTN.

Dan pada pengetahuan saya juga, orang cina tak boleh membeli tanah di Kelantan kecuali dia memang lahir di Kelantan. Kalau tidak, dia terpaksa berkahwin dengan warga siam Kelantan dan membeli harta tanah menggunakan nama isteri atau anaknya nanti.

Saya difahamkan, peraturan sebegini dibuat bagi melindungi kepentingan anak-anak Kelantan.

Jadi, apakah Kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz dan PAS mahu mengenepikan kepentingan anak-anak Kelantan hanya demi memenangi hati kaum cina?

Apakah Kerajaan negeri Kelantan mahu menggadaikan tanah di Kelantan kepada kaum cina semata-mata mahu mendapatkan sokongan kaum cina di PRU akan datang?

Kalau begitu, selepas ini kerajaan negeri patut buat pula “Indian Freehold”, “Punjabi Freehold”, “arab Freehold” dan macam-macam freehold lagi untuk menarik undi!

Advertisements

10 thoughts on “Apakah Nik Aziz dan PAS nak gadai tanah Kelantan demi undi…

  1. Lepas ni habislah tanah Kelantan dijual kepada kaum lain. Pas Kelantan mmg sengaja cari pasal…

    -anak jati klate

    Like

  2. NIK AJIS TAK BANGGA JADI MELAYU. SO KENAPA DIA PERLU BANGGA DENGAN TANAH MILIK MELAYU? KALAU TANAH ARAB ATAU SIAM TU MUNGKIN DIA JAGA KOT? TANAH MELAYU, LANTAK PI LAAA..

    Like

  3. Aku ado napok iklan ni dik tepi jale.. gilo doh nick anjiz ni… rama oghe sini pakak menyupoh… oghe tuo tu byk karut doh… nyayuk DSB..

    Like

  4. Semuanya nak bagi kat cina.. tak puas hati sungguh.. macam ade iklan keje

    *chinese girl only..
    *must speak mandarin

    etc etc..

    Skang ni tambah chinese freehold pulak.. mcm hampeh..

    Like

  5. Kamu semua peduli apa..kamu bukan dok kat kelantan pun….jadi tak yah nak amik tau….

    cuba selidik tgk saper punya syarikat pemaju tu…aku rasa mesti Umnoupco yg punya…. Bodoh punya Umnoapco!!!

    Like

  6. nik ajis tak bangga jadi melayu sbb tu nak bagi kat cina

    Like

  7. Bukan stakat umah aje yg dia bagi .. Lot2 dan bangunan kedai kat bandar2 tu pun suma pung dia dah bagi… merana la org melayu kat kelantan…

    Like

  8. Kalau n.ajis bagi tanah melayu kat bangsa lain, ada rakyat kelantan kisah, biarkan lah sebab mereka yg pilih n.ajis

    Like

  9. tanpa nama 15.21

    itu aja ka yg mampu anda jawab? cuba bagi jawapan yg berakal sikit, boleh? atau terjerat dengan politik sempit dan tak boleh nak loloskan diri?

    kama

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s