Edisi Lidah Biawak!!!! Guan Eng dan DAP mula tak senang duduk…

Berikutan pendedahan oleh blogger mengenai isu wang hasil judi digunakan untuk sumbangan ihsan kepada warga emas di P.Pinang, Lim Guan Eng dan juga Kerajaan Negri DAP P.Pinang hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Lim Guan Eng didalam laman twitternya juga menyifatkan dakwaan tersebut amat tidak bertanggung jawab serta tidak berasas manakala kenyataan dari Reezal Marican pula disifatkan oleh Ketua Menteri ini sebagai munafik.

Lim Guan Eng juga mengatakan bahawa bahawa UMNO jahil kerana mempertikaikan dari mana sumber wang ihsan untuk warga emas ini diperolehi.

Yang peliknya, Guan Eng tidak pula menjawab cabaran dari Pemuda UMNO supaya mendedahkan dari mana Kerajaan Negeri DAP memperolehi sumber wang tersebut. Ini menguatkan lagi dakwaan bloggers dan juga Pemuda UMNO bahawa wang ihsan tersebut memang dari hasil judi!

Sikap Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri memutarbelitkan cerita menuduh pula kerajaan UMNO/BN mengamalkan penyelewengan Saham Bumiputera amatlah melucukan. Ia dilihat sebagai usaha terdesak Lim Guan Eng untuk mengalihkan isu.

Manakala, Setiausaha Publisiti DAP Ng Wei Aik pula cuba berbohong dengan berkata bahawa sumbangan wang ihsan tersebut adalah hasil jimat cermat kerajaan negeri DAP semasa tahun 2008.

Ng Wei Aik ini sebenarnya hendak menipu siapa? Apakah dia juga mahu memperbodohkan rakyat P.Pinang sekali lagi dengan kenyataan tersebut. Seluruh negara telah mengetahui keadaan kewangan negeri yang mengalami DEFISIT sejak diambil alih oleh DAP pada 2008. Jadi mana datangnya lebihan kononnya hasil jimat cermat tersebut?

Nampaknya Lim Guan Eng serta DAP P.Pinang telah mula panas punggung dengan isu wang hasil judi ini. Mereka cuba menutup pembohongan mereka dengan membuat satu lagi pembohongan untuk memperbodohkan rakyat.

Memang kaki pembohong semua dari DAP ini. Warga emas pun sanggup disuapkan dengan hasil judi demi kerakusan politik mereka. Jika orang-orang tua pun sanggup ditipu Lim Guan Eng, mungkin selepas ini, orang mati pun akan ditipunya untuk mengekalkan populariti politiknya di P.Pinang!

Advertisements

4 thoughts on “Edisi Lidah Biawak!!!! Guan Eng dan DAP mula tak senang duduk…

  1. Cina DAP memang kerjanya menipu saja. Harap rakyat Penang tolak mereka pada PRU akan datang.

    Like

  2. Tuan blog, terima kasih atas pendedahan sebegini. Sebagai anak melayu yang beragama islam, saya juga berasa amat kurang senang dengan tindakan Dap terutamanya LGE yang menipu orang2 tua di P.Pinang. Sekarang terbukti bahawa kafir akan sentiasa berusaha menjahanamkan bangsa melayu dan islam didalam negara ini.

    Teruskan usaha murni tuan dan rakan2 melalui pendedahan serta analisis sebegini demi menjaga maruah bangsa, agama dan tanahair.

    Like

  3. Hari tu dah dapat status 'khalifah'tapi dah munafik pulak.Itulah jadinya kalau pengiktirafan ikut suka je…

    Like

  4. Ha Ha Ha Orang Kelantan dapat wang ehsan dari hasil minyak (UMNO kasi) Orang Penang dapat dari hasil JUDI….(DAP kasi)….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s