Wang haram untuk warga emas P.Pinang.., apa kata ahlul ulamak PAS???

Di P.Pinang, sudah heboh mengenai hasil judi digunakan untuk sumbangan wang ehsan RM100 dari kerajaan DAP kepada warga emas yang berusia melebihi 60 tahun. Isu ini mula dicetuskan didalam blog sahabat Pisau.net dan telah disiarkan didalam akhbar dan juga media elektronik.

Berikutan itu, ramai dikalangan warga emas sendiri telah mula resah dan menyumpah seranah Khalifah pujaan PAS iaitu Lim Guan Eng berhubung dengan isu ini.

Anak-anak warga emas tersebut juga ramai yang menyelar tindakan Guan Eng dan DAP kerana memberikan hasil judi kepada ibubapa mereka sedangkan ianya jelas haram bagi umat Islam.

Mungkin bagi Guan Eng, tindakannya menggunakan wang hasil judi untuk sumbangan kepada warga emas ini tak salah. Tetapi apakah Lim Guan Eng tak tahu bahawa umat Islam dilarang untuk menerima sebarang hasil dari aktiviti yang membabitkan judi?

Ramai pemimpin PAS dan juga pengikut mereka selama ini mendakwa bahawa Lim Guan Eng mengamalkan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz r.a. Dan ramai pemimpin PAS dan pengikut taksubnya juga sering mengatakan bahawa Lim Guan Eng dan DAP lebih mengetahui Islam dari pemimpin UMNO.

Jadi, tiada sebab untuk pihak Pakatan mengatakan bahawa Guan Eng dan DAP kurang arif mengenai halal dan haram kepada umat Islam.

Memperdayakan warga emas Islam di P.Pinang dengan sogokan hasil judi adalah merupakan satu perkara yang amat serius. Ini bukan lagi isu yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan hukum agama.

Saya amat berharap pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya lebih arif tentang hukum Islam memberikan ulasan serta pandangan mereka tentang hal ini.

Kebanyakan warga emas di P.Pinang telah mula panas hati dengan isu wang RM100 ini. Jadi diharap supaya PAS dapat “memberikan tunjuk ajar” kepada khalifah ciptaan mereka di P.Pinang itu sebelum ramai lagi klon “Pak Ali” yang muncul untuk mengajar Lim Guan Eng!

Advertisements

6 thoughts on “Wang haram untuk warga emas P.Pinang.., apa kata ahlul ulamak PAS???

  1. Inilah taktik halus kafir utk melemahkan umat islam. Bagi umat islam makan duit haram tanpa sedar. Celaka punya DAPig!!

    Like

  2. WOI LGE..LU MEMANG HARAMJADAH..LU IGT WARGA EMAS PENANG NI ALAT MAINAN POLITIK LU KA?? BANGSAT PUNYA KAFIR..

    Like

  3. Harap Pak Ali bagi hadiah flying kick pulak kat apek Lim selepas ni. Penampar hari tu tak cukup rasanya untuk buat kapiaq ni insaf..

    Like

  4. Apa nak kisah nantiTok N.ajis jadi penyelamat DAP Plau Pinang…tungguuuuu

    Like

  5. apa pulak haramnya???merican ni tau ke dari sumber mana??kalau bn bagi semua tu halal ke??kami dari PAS dah jamin akan masuk syurga kerana ikut ISLAM…UMNO nak masuk ke tyak ke syurga??masukla pas..nik aziz ade jawapannya..tok guru hadi pun bileh menjelaskan..Naina harus belajar dulu dan jangan cari publisiti murah..hidup LGE…

    Like

  6. hidup pAS,…hidup guan eng..teruskan beri bantuan mu itu,,rakyat memerlukannya..semuanya hahal..teruskan..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s