Pemilihan PKR. Punggung Anwar semakin panas!!!

Pemilihan PKR yang dijadualkan November ini nampaknya makin berserabut. Isu pencalonan semakin panas dengan pelbagai persepsi dan propaganda menjatuhkan lawan masing-masing.

Di antara semua, Anwar lah yang paling pening untuk menjaga “airmuka” parti PKR yang dikatakan lebih demokrasi dan jauh lebih berintegriti dari parti politik lain didalam negara.

Namun segala usaha Anwar nampaknya semakin sumbang. Ramai “warlord” didalam PKR sendiri telah mula mempertikaikan “kebijaksanaan” Anwar mengatur sistem pemilihan parti tersebut.

Anwar pada mulanya mengeluarkan kenyataan bahawa PKR telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

Tetapi setelah namanya sendiri dicalonkan oleh banyak cabang untuk jawaan Presiden PKR, Anwar telah mula panas punggung kerana tidak mahu memikul tanggung jawab menerajui parti yang “haru biru” seperti PKR.

Akhirnya, sistem pemilihan demokratik yang dicanangkan oleh Anwar yang kononnya memberikan hak kepada ahli memilih calon pilihan mereka, hancur berkecai dengan kenyataannya yang tidak mahu menerima sebarang pencalonan didalam PKR.

Inilah yang menimbulkan rasa kurang senang ramai ahli PKR dengan sikap Anwar. Dia beria-ia menyuruh seluruh ahli PKR mengamalkan semangat demokrasi tetapi dia sendiri melarang pencalonan terhadap dirinya. Mungkin ini demokrasi yang Anwar belajar melalui persahabatannya dengan yahudi Israel?

Nampaknya Anwar sengaja mahu merendahkan kemampuan memilih setiap ahli PKR. Anwar jelas telah mula hilang pertimbangan dan juga “kebijaksanaan” mengeluarkan kenyataan.

Mungkin Anwar juga telah hilang kematangan didalam berpolitik didalam usia yang semakin tua. Sama seperti rakan sePakatannya iaitu Nik Aziz di Kelantan yang sudah nyanyuk tahap maksima!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s