Edisi Bongkar!!! Politik wang berleluasa didalam pemilihan PKR…

Pemilihan PKR peringkat cabang dan nasional telah mula dicemari dengan politik wang. Sumber-sumber dalaman parti itu sendiri telah melahirkan kebimbangan terhadap cubaan terdesak pihak tertentu menabur wang untuk menyokong calon terpilih bagi mengejar kedudukan lebih tinggi dalam PKR.

Cubaan untuk melobi dan membolot jawatan dalam PKR ini berpaksi kepada penubuhan sebuah portal berita dalam empat bahasa utama dan mengupah wartawan-wartawan serta pengarang berita berpengalaman dengan gaji yang lumayan.

Portal berita ini beroperasi di sebuah bangunan mewah di kawasan dagangan elit di tengah-tengah Petaling Jaya. Selain itu, penulis-penulis blog yang dirasakan mempunyai “saham” dalam mempengaruhi pemikiran ahli PKR dan masyarakat umum, turut juga diberikan habuan bulanan.

Wartawan tertentu daripada portal berita saingan di arena media maya, turut diupah untuk menulis berita-berita yang condong kepada calon berkenaan. Selain daripada itu, sebuah akhbar turut diterbitkan untuk memberi liputan meluas kepada calon berkenaan dan diedarkan secara percuma kepada ahli-ahli PKR sepanjang tempoh pemilihan parti.

Di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang mempunyai jumlah perwakilan terbesar di Malaysia apabila dicantumkan, pemimpin-pemimpin Cabangnya pula dikhabarkan cuba dipengaruhi menerusi sogokan dan upah habuan untuk memberi sokongan kepada calon tertentu.

Operasi sebegitu besar khabarnya membabitkan sekurang-kurangnya RM400,000 sebulan. Ini merupakan satu belanja yang cukup besar, yang tentunya hanya boleh dibiayai oleh calon yang kaya raya atau pun pihak yang menyokong calon berkenaan.

Sumber-sumber dalaman PKR tersebut juga memberitahu, penggunaan taktik-taktik sebegini amat membimbangkan pucuk pimpinan parti kerana jelas media alternatif diperalatkan untuk tujuan politik individu.

Meskipun diwar-warkan oleh Anwar bahawa PKR mengamalkan politik keterbukaan, PKR sebenarnya tidak dapat lari daripada amalan lama pihak tertentu untuk merebut jawatan menggunakan taktik-taktik halus dan belanja besar.

Jadi, siapa kata pemilihan PKR kali ini bersih? Percaturan jawatan dan pelaburan besar-besaran didalam pemilihan PKR ini membuktikan bahawa amalan politik wang memang sinonim didalam PKR!

Selain dari kronisme, pemilihan pemimpin PKR bukan berdasarkan merit kebolehan memimpin, tetapi hanya berdasarkan siapa yang lebih banyak menabur “habuan” untuk mendapatkan undi sahaja!

Nantikan lebih banyak lagi pendedahan mengenai tembelang sebenar disebalik pemilihan PKR di masa terdekat melalui blog ini.

Hancur PKR!!! Tumbang Anwar Ibrahim!!! Anwar harus bertaubat!!!

Advertisements

3 thoughts on “Edisi Bongkar!!! Politik wang berleluasa didalam pemilihan PKR…

  1. Pergi MAMPUS lah dengan PKR ni, kalau boleh MAMPUS dengan bos bos nya sekali.

    Aku Peduli apa mereka nak main DUIT atau main TAHI LEMBU…

    Langsung Tak minat, penderhaka mana yang jadi ketua atau pak turut..

    Like

  2. SLM BRO..KEHKEHKEH AL JUBOREE INGAT PEEKAYYRAR BEBAS KRONISMA?? TAK PANDAI MKN RASUAH?? TAK PANDAI CAH KETING??.

    TERINGAT SKETSA CITER 3 ABDUL MLM TD. “YG KAMU 2 ORG YG CERDIK PANDAI TU IKUT MCM DIA PENIPU BODOH NAK MAMPOS PASAL APE?” KEHKEHKEH

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s