Edisi Bongkarr!!! Setiausaha PAS cawangan jadi pengundi cabang PKR Taiping.

Pemilihan pimpinan PKR semakin panas dan pelik. Saya mendapat berita bahawa salah seorang ahli Pas di Perak iaitu Saudara Abd Rahman Omar, telah menerima notis mesyuarat agung cabang Taiping bagi sessi 2010.

Di atas notis Mesyuarat tersebut tertera nombor keahlian PKR A-070001004 dan juga dialamatkan kepada Abd Rahman. Peliknya, dia menyatakan bahawa tidak pernah mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli PKR.

Abd Rahman Omar adalah ahli PAS seumur hidup dan juga merupakan Setiausaha Pas Cawangan. Bagaimana pula ahli PAS boleh mengundi untuk menentukan pemilihan cabang PKR?

Menurut Abd Rahman, telah dua kali dia dipanggil untuk mesyuarat sejak 2009. Ini merupakan satu perkara yang luar biasa kerana dia langsung tak mengenali kepimpinan PKR di kawasan yang terbabit.

Apakah ini menunjukkan bahawa terdapat pengundi HANTU didalam pemilihan PKR kali ini? Dan apakah pemilihan pimpinan PKR cabang dan nasional tidak bersih dan penuh penipuan?

Pengikut Pakatan selama ini selalu menuduh UMNO dan BN mengamalkan budaya tak sihat didalam pemilihan parti, tetapi kini terbukti bahawa parti merekalah yang parah hinggakan pengundi HANTU serta kempen ganas digunakan didalam pemilihan pemimpin.

Jelas kini, pemilihan PKR bakal menuju kehancuran!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s