Daftar Pemilih. UMNO semakin mengejar DAP….

Tak banyak dah.. Sikit saja lagi untuk UMNO menyaingi DAP didalam pendaftaran pemilih baru untuk PRU13 nanti. Di P.Pinang sendiri pun, pendaftaran pemilih oleh UMNO telah banyak menunjukkan peningkatan.

Tahniah diucapkan kepada jentera UMNO yang berusaha keras selepas dikritik hebat kerana “masih tidor” didalam “perang” daftar pemilih sebelum ini.

Mungkin sudah jadi trend UMNO yang selalu enjinnya lambat panas. Tapi walau macam manapun, usaha kena berterusan untuk menambah bilangan pengundi melayu bagi memastikan kuasa undi tetap majoriti berpihak kepada bangsa melayu.

Saya yakin, UMNO akan mampu menambahkan lagi pemilih baru terutamanya dari generasi muda untuk PRU akan datang jika usaha yang berjalan sekarang ini dilakukan secara berterusan. Tahniah sekali lagi buat UMNO!

PARTI-PARTI politik bersaing dalam pendaftaran pemilih baru, dengan lebih separuh daripada 301,653 pemilih baru didaftarkan melalui saluran parti sejak awal tahun hingga Jun lalu. Sebanyak 56 peratus atau sejumlah 169,850 pemilih baru didaftar oleh penolong pendaftar daripada kalangan wakil parti politik, kata pengerusi jawatankuasa panel pendaftaran dan penyediaan daftar pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Zainal Abidin Mat Said.

Daripada jumlah itu, DAP mencatat pendaftaran pemilih paling tinggi iaitu 55,321 orang, diikuti oleh Umno dengan 54,872 pemilih didaftar manakala PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,618 dan 13,098 pemilih. Katanya penolong pendaftar daripada wakil parti politik dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran.

Zainal Abidin berkata selain melalui saluran parti politik, pendaftaran pemilih luar pejabat dan program outreach yang dijalankan oleh SPR berjaya mendaftar 72,434 pemilih baru dan 24,663 penukaran alamat bagi tempoh yang sama. Pada masa yang sama, kaunter pejabat pos turut menjadi pilihan orang ramai mendaftar sebagai pemilih apabila ia mencatatkan 37,142 pendaftaran baru dan 11,903 penukaran alamat.

Zainal Abidin berkata sejumlah 345,261 pendaftaran pemilih dicatat dari Jan hingga Jun lalu, dengan 301,653 pemilih baru dan 43,608 penukaran alamat. Daripada jumlah itu, Johor merupakan negeri yang mencatat pendaftaran paling tinggi iaitu 56,663 orang, diikuti Selangor (46,764 orang) dan Pulau Pinang (36,841 orang). – Bernama

Advertisements

One thought on “Daftar Pemilih. UMNO semakin mengejar DAP….

  1. Assalamualaikum,

    saya baru mendengar cerita dari salah seorang jentera pendaftaran pemilih dari Kuala Terengganu. Beliau menyatakan ramai pemilih-pemilih UMNO yang beliau daftarkan di K. Terengganu gagal tersenarai dalam daftar pemilih. Semakan yang beliau buat menunjukkan pendaftaran yang dibuat oleh agen-agen PAS tidak menghadapi masalah. Kata beliau pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau untuk mendaftarkan semula tetapi tidak berjaya. Malangnya YB UMNO Terengganu seolah-olah tak ambil pusing hal ini sebab mereka tidak mendekati akar umbi. Sayang sekali. Sepatutnya YB-YB ini ambil langkah proaktif menyiasat apa yang sebenarnya berlaku dalam pendaftaran pengundi di suruhanjaya pilihanraya. Tengok keadaannya, UMNO akan bungkus pula di Terengganu kalau YB2 UMNO leka mengumpul harta dalam poket sendiri

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s