Pemilihan PKR Pmtg Pauh. TKM1 Mansor Othman harap ehsan Anwar…

Pemilihan PKR kini semakin panas. Zaid Ibrahim dan Azmin semakin “ganas” saling menghentam satu sama lain kerana berebutkan jawatan. Semua jentera parti dikerah untuk melobi dan juga mempromosi calon masing-masing.

Itu di Selangor.., di negeri-negeri lain juga tak kurang panasnya. Di P.Pinang sendiri, TKM 1 Mansor Othman telah ditolak untuk bertanding sebagai calon Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh.

Hasrat Mansor untuk menang tanpa bertanding di Cabang Permatang Pauh ini nampaknya tak menjadi kenyataan apabila dia dicabar oleh Timbalan Cabang sedia ada iaitu Pak Tam dan juga Setiausaha Cabang iaitu Roslai. Pertandingan 3 penjuru ini jelas menunjukkan perpecahan yang berlaku pada PKR Permatang Pauh.

Khabarnya, Mansor telah disokong kuat oleh orang Anwar. Pak Tam yang merupakan Timbalan Ketua Cabang sedia ada disokong oleh veteran PKR cabang manakala Roslai disokong kuat oleh kelompok AMK.

Mansor yang sebelum ini merupakan ahli cabang Balik Pulau, telah lama menyatakan hasrat untuk menjadi Timbalan Ketua Cabang di Permatang Pauh. Tetapi kini baru dia sedar bahawa tak semua orang suka kepadanya walaupun dia menjawat jawatan TKM 1 negeri.

Perbalahan pemilihan PKR cabang Permatang Pauh ini telah sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim. Pasti akan ada sesuatu yang bakal diusahakan oleh Anwar bagi menjamin kerusi Timbalan Ketua Cabang disandang oleh Mansor Othman. Ini kerana Mansor adalah merupakan orang kepercayaannya.., takkan tak tolong kot?

Lagipun, hanya Mansor yang boleh diharapkan untuk berkerjasama dengan Lim Guan Eng berikutan jawatan TKM 1 nya. Takkan Anwar nak mengorbankan Mansor hanya demi untuk menjaga hati Pak Tam dan juga Roslai di Permatang Pauh?

Berputih matalah nampaknya orang-orang lama PKR di Permatang Pauh. Ini bukti bahawa PKR hanya mementingkan kronisme dan bukannya merit didalam menentukan jawatan. Jadi selepas ini, rajin-rajinlah bodek Anwar untuk dapat jawatan yee…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s