SAH!!! Ct Norhaliza sudah "dibeli" oleh DAP…

Selepas hampir sebulan Khalifah Lim Guan Eng dan DAP melakukan gerak gempur menagih sokongan bangsa melayu dengan berpelurukan hamper berharga RM 20 di Surau serta Masjid-masjid P.Pinang, selepas Aidilfitri ini akan bermula pula agenda baru memperbodohkan melayu di negeri tersebut.

Sempena menyambut ulangtahun Hari Malaysia, pada 25 September depan bakal diadakan konsert PERCUMA yang bakal dianjurkan oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri berlidah biawak Lim Guan Eng.

Sudah diwar-warkan bahawa penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Ct Nurhaliza bakal mempersembahkan bakat nyanyiannya diatas undangan khas dari Kerajaan Lim Guan Eng dan DAP.

Dah nama pun konsert PERCUMA, rakyat P.Pinang tak perlu bersusah payah beratur membeli tiket bagi menikmati alunan suara merdu Datuk Ct Nurhaliza yang dipanggil berkerjasama dengan kerajaan sosialis DAP negeri P.Pinang untuk membodohkan melayu.

Rakyat P.Pinang hanya perlu membayar RM 1 sahaja bagi menampung kos agenda DAP negeri ini memperbodohkan mereka. Itulah sahaja harga yang diperlukan bagi menutup segala penindasan serta pembohongan Lim Guan Eng terhadap seluruh bangsa melayu di P.Pinang.

Khabarnya, Datuk Ct dibayar lebih dari RM 120 ribu untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan DAP negeri P.Pinang melalui konsert ini.

Persoalannya sekarang, apakah dengan kesanggupan Datuk Ct menjayakan konsert ini, dia bersetuju dengan segala polisi kerajaan negeri DAP P.Pinang yang menindas para peniaga kecil melayu dan juga penduduk kampung melayu tradisional?

Khabarnya lagi, Datuk K iaitu suami Datuk Ct adalah merupakan “orang kuat” UMNO dan menyokong kuat kerajaan DS Najib. Jika benar begitu, apakah RM 120 ribu dari Lim Guan Eng dan DAP telah berjaya mencairkan “perjuangan” Datok K?

MUNGKIN ada perjanjian lain yang disertakan disamping wang upah “berkerjasama” dengan DAP negeri P.Pinang. MUNGKIN Datuk CT ada dijanjikan diskaun bagi rumah mewah yang mahu dibeli di negeri itu oleh kerajaan DAP…siapa tahu kann. Segalanya mungkin jika ia melibatkan bisnes.

Walau bagai manapun, jika Datuk Ct sebagai seorang yang berbangsa melayu sanggup berkerjasama dengan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng yang berpolisi mengenepikan melayu, ini bererti Datuk Ct mengiktiraf setiap penindasan yang telah DAP lakukan terutamanya apa yang berlaku kepada orang-orang melayu P.Pinang!

Saya tak suka menggunakan perkataan “pengkhianat” kepada Datuk Ct didalam hal ini, memadailah hanya dengan label Datuk Ct “bersekongkol” di dalam agenda politik DAP memperbodohkan melayu-melayu di P.Pinang.

Ehsan (myKMU)

Advertisements

5 thoughts on “SAH!!! Ct Norhaliza sudah "dibeli" oleh DAP…

  1. Sudahlah merampas suami orang, janganlah menambah kepedihan bangsa Melayu kita ini pulak dengan “bersekongkol”…

    Tidak dinafikan semua manusia pernah buat silap tapi saya amat berharap semoga Datuk CT sedar apa yang telah dia lakukan ini….

    Dan semoga beliau menunjukkan pendirian tegas beliau sebagai pembela bangsa Melayu dan agama Islam…

    Ikhlas daripada,

    Bekas Peminat Setia Siti…

    Like

  2. Janganlah dihairankan kalau siti nurhaliza sedia menyanyi dalam majlis anjuran dap kerana dia adalah seorang penghibur dan menyanyi kerjanya. Ini adalah normal. Cumanya yang perlu menjadi tanda peringatan disini terutama bagi umno dan orang-orang Islam lain, ialah bagaimana begitu agresif dan berterusannya aktiviti asakan yang dijalankan oleh pembangkang (terutamanya dap) di seluruh negara. DAP yang begitu menentang Islam dan Melayu, telah berjaya memesongkan dan menyesatkan PAS, parti yang kononnya dipimpin oleh ulama pewaris Nabi dan berjuang untuk menegakkan al-Quran dan Sunnah. DAP (yang mendapat saluran bantuan dari yahudi amerika syarikat) telah menyebabkan para pemimpin PAS tidak lagi bersungguh melaungkan slogan negara Islam dan hukum Islam malah tok guru pun pernah mengesahkan kepada DAP, bahawa tidak ada dalam perlembagaan PAS mengenai penubuhan negara Islam. Bermakna selama ini, perjuangan Islam PAS hanyalah janji bohong pemimpin PAS untuk menarik ramai ahli dan penyokong. Pakaian Islam dan gelaran tok guru, ustaz serta ustazah yang digunakan selama ini, hanyalah semata-mata senjata politik dan retorik, bahawa merekalah yang paling alim dan wara', sementara orang lain semuanya salah. Tetapi rupanya DAP lebih mengetahui kelemahan sebenar para pemimpin PAS iaitu kemegahan, kedudukan dan kekayaan. Apabila dipuji, maka tok guru pun cair dan membiarkan dap dan kafir, mempermain-mainkan Islam tanpa merasa apa-apa oleh pas. Kalimah Allah dan Maulidurasul pun, hujah dari pemimpin PAS ialah memihak kepada kafir DAP (sepatutnya diam cukuplah). Pemimpin pas juga terpikat dengan janji pembahagian jawatan dalam kabinet bayangan pembangkang. Kita nilaikanlah sendiri, para sahabat Nabi, mengorbankan harta untuk perjuangan Islam tetapi para pemimpin pas, sentiasa mendapat bayaran diatas apajua yang mereka lakukan, walau hanya sekadar bercakap kosong dalam ceramah. Cuma diubah perkataan sebagai penghalal, kalau kepada umno dikatakan rasuah, kepada pas dikatakan sedekah. Yang pelik dalam pas, mereka yang miskin (ahli pas) memberi sedekah kepada yang kaya (pemimpin pas). Taraf tok guru pun mengaku menerima 'tajaan' umrah pakej bernilai 65 ribu. Kalau ianya adalah sah dan halal, kenapa tok guru membatalkannya pula dan tak jadi pergi. Kemudian cerita menyalahkan orang lain yang cuba menghalangnya. Kalau bukan tok guru sendiri yang awalnya membuka cerita dan tiada orang lain tahu, mungkin tok guru dah pergi denga pakej itu. Setakat itulah wara' nya tok guru. Seperti di perak, bila diselesaikan hutang dan pakai merc, maka kerjasama sesama Islam pun rela diketepikan. Malah kerap kali memburuk-burukkan mufti. Cuma kita nak tanya, apakah 9 amanat ulama yang telah dilanggar oleh Anwar dari 10 amanat yang diberi semasa anwar hendak masuk umno dulu? Punyalah berjayanya kafir DAP mentarbiah PAS, sanggup memasukkan nama pemimpin kafir harbi DAP ke dalam ibadah khusus. Dan nama Nabi saw digunakan untuk menghalalkan perbuatan itu tetapi yang pastinya, tidak pernah Baginda mendoakan kepada kafir dalam mana-mana khutbah, yang doa itu dikhususkan kepada orang Islam. Demi membela kafir harbi DAP, sanggup para pemimpin PAS meletakkan Nabi saw dan al-Quran di tempat yang rendah, apabila kafir dibolehkan memberi ceramah atau tazkirah kepada orang Islam, termasuk di dalam masjid atau surau. Ketua Dewan Ulamak PAS mengatakan cerdik pandai kafir boleh mengajar mengenai Islam kepada orang Islam. Kalau kafir itu faham mengenai Islam, pastinya dia percaya dan telah memeluk Islam. Ertinya, kafir DAP hanya mempermain-mainkan orang-orang Islam terutamanya ahli PAS. Dan seperti peranan yahudi di seluruh dunia, iaitu menimbulkan keraguan dan melaga-lagakan di kalangan sesama Islam. Yahudi dan kritian telah mengkaji bahawa adalah sukar untuk menakluki orang-orang Islam tetapi adalah lebih mudah dan berkesan jika menggunakan orang-orang Islam sendiri bagi menjatuhkan Islam. Yahudi dan kristian sekarang menyerang melalui bentuk DAP dan Anwar.

    Like

  3. Jom kita boikot Artis ini yg tak sedar diri ni serta kita juga boikot segala produk beliau.

    Like

  4. susah jugak aku nak percaya bila terbaca sebab dahulunya ketika Tun menjadi Perdana Menteri, CT merupakan penyokong kuat Umno, baru2 ini pun CT n DK mengadakan majlis berbuka puasa untuk Tun M dan Tun Hasmah.
    Kalau betul CT akan membuat persembahan tidak ada kena mengena dgn politik hanya perniagaan..lagi pun kalau show tu free atau RM1.00 kira ok lah tu.

    Like

  5. Tuhan telah menghitamkan hati hati mereka yang suka mempermainkan ayat ayat Allah untuk peribadi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s