Kafir dipuja dan didoa, sesama Islam disaman dan dicerca…

Pelik sungguh perangai ostad-ostad PAS ini. Perbuatan kurafat yang memuja dan mendoakan kafir didalam khutbah kedua Jumaat dianggap tak salah, tetapi yang menegur perbuatan bidaah mereka ini pulak yang disalahkan.

Ternyata dunia sudah makin hampir menuju ke akhir zaman. Kini ramai individu yang berlagak dan berpakaian seperti orang alim namun sebenarnya dia hanya mencari rezeki dengan “menjual ayat-ayat Allah”. Itulah yang berlaku didalam PAS kini.

Rasulullah SAW pernah bersabda.., maksudnya:


“Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu (di atas dunia) dengan mengangkatnya. Sebaliknya, Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama. Lalu manusia melantik si jahil sebagai ketua mereka, kemudian ditanya soalan kepada si jahil. Maka si jahil mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, maka dia telah sesat lagi menyesatkan.” (hadis riwayat al-Bukhari).

Zakaria Ahmad, khatib yang dikaitkan dengan isu khutbah Pulau Pinang bulan lalu berkata, beliau sudah mengambil keputusan muktamad untuk memfailkan saman fitnah terhadap dua akhbar harian dan seorang pemimpin Umno negeri itu selepas sambutan Aidilfitri.

“Saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman fitnah selepas pihak-pihak terbabit enggan memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang khatib,” kata Zakaria

“Mula-mula saya memberi mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak betul tentang diri saya selama dua hari untuk mohon maaf, tetapi meskipun saya menanti sehingga kira-kira seminggu, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memohon maaf… jadi saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.

“Peguam saya sedang menguruskan perkara ini, dia sedang meneliti segala kandungan kenyataan mereka,” kata beliau lagi.

Kata Zakaria, sekurang-kurangnya jika mereka meminta maaf beliau bersedia untuk memaafkan lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan sekarang.

“Saya seorang ahli PAS dan seorang yang beragama Islam saya sanggup untuk memaafkan mereka… Islam mengatakan kita harus memaafkan orang lain jika mereka memohon maaf, tetapi malangnya walaupun mereka telah memfitnah saya tetapi enggan memohon maaf,” kata beliau lagi.

Zakaria tidak menolak untuk memaafkan mereka jika tampil memohon maaf secara terbuka sebelum 1 Syawal.

Sebelum ini, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan, ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana memberi bimbingan kepadanya.-MI

Advertisements

One thought on “Kafir dipuja dan didoa, sesama Islam disaman dan dicerca…

  1. YU BRO…BILE PUAK KAFIRUN KOMUNISAN BERGANDINGAN BAHU, SIDE BY SIDE MENTARBIYAH BERSAMA PARTI SESAT MAKA GERENTI LAH UMAT ISLAM AKAN KELIRU NAK MENENTUKAN YG MANE SATU LEBAI YG MANE SATU CIBAI! KEHKEHKEH ADOIYAIII >|D

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s