Edisi lawak!!! Wakil parti Penyokong Zina mahu adakan kempen Anti Zina ????

Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali dari PAS cuba buat lawak di bulan Ramadhan dengan memperkenalkan Kempen Anti Zina di negeri Selangor.

Bagi saya, kempen Anti Zina tu tak salah dan amat baik. Cuma jika ianya diadakan di negeri Selangor, ianya amat kurang sesuai kerana Selangor telah mempunyai “IKON ZINA” mereka sendiri iaitu Eli Wong.

Tambahan pula, parti Halimah Ali inilah juga yang sanggup menangis bersama-sama dengan “ratu bogel” Eli Wong sewaktu gambar bogelnya tersebar ke seluruh negara.

Jadi, layakkah Halimah Ali dari parti yang menyokong dan bersimpati kepada penzina dan pengamal seks bebas seperti Eli Wong menganjurkan kempen Anti Zina di Selangor? Ini barulah dinamakan “bagai ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”.

Kononnya Halimah Ali mahu mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi dengan Kempen Anti Zina ini. Tetapi bagaimana hendak menasihatkan remaja jika Halimah Ali sendiri bersekongkol dengan Eli Wong?

Apa yang saya nampak, walaupun kempen tersebut kelihatan bertujuan baik, namun Halimah Ali langsung tak layak untuk bercakap mengenainya. Ibarat pencuri yang cuba menasihatkan orang lain supaya jangan mencuri, begitulah yang cuba dilakukan oleh wakil wanita PAS ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s