Doa utk Father Joseph didalam khutbah Jumaat bukti PAS semakin sesat !

Khatib Zakaria Ahmad yang membaca doa untuk Father Joseph Lim Guan Eng dan membuang nama YDP Agong pada khutbah kedua Solat Jumaat lepas di Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor P.Pinang, adalah merupakan penyokong tegar PAS.

Dia melakukan perkara terkutuk itu diatas mimbar masjid sewaktu solat Jumaat yang dihadiri bukan hanya penganut ajaran PAS, tetapi juga semua kariah kawasan tersebut yang berbilang fahaman politik dan juga pandangan.

Zakaria telah membuktikan bahawa PAS kini semakin sesat serta melencong dari garisan Islam yang sebenar. Didalam kitab serta ajaran Rasulullah saw sendiri melarang kita mendoakan untuk kaum kafir, apatah lagi jika ia dilakukan didalam bacaan amalan wajib seperti solat Jumaat. Namun ini semua tak menjadi hal kepada pengikut ajaran PAS.

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan Zakaria Ahmad yang bergelar al fadhil ustaz dikalangan semua totok PAS.

Pada 24 Februari 2007, Zakaria Ahmad ini juga pernah dihalau oleh Naib Pengerusi Kariah Masjid Kampung Binjai kerana berpolitik secara keterlaluan didalam masjid kampung tersebut. Sebelum kejadian itu, Zakaria sering dilihat hadir ke Masjid Kampung Binjai sebagai ustaz jemputan oleh seorang imam PAS dikampung tersebut.

Walaupun sudah berkali-kali diberi amaran, kemuncaknya tiba apabila Zakaria cuba menyampaikan ceramah politik yang menyeru semua penduduk kampung memilih calon PAS pada PRU12. Ini menyebabkan dia diusir dari masjid dan juga kampung tersebut.

Jadi, bukanlah sesuatu perkara yang baru jika Zakaria Ahmad berpolitik didalam Masjid. Cuma yang mengejutkan ialah, tindakan Zakaria Ahmad ini yang tak tahu membezakan diantara amalan wajib agama dan juga ceramah politik.

Inilah bukti bahawa PAS itu memang sudah sesat dan juga menyeleweng aqidah mereka kerana mencampur adukkan agama serta politik demi kepentingan peribadi. Inilah juga bukti ketaksuban melampau para penganut PAS terhadap fahaman politik yang dianuti mereka.

Nik Aziz perlu bertanggung jawab diatas semua yang berlaku ini kerana dialah yang menyemaikan fahaman kufar serta ideologi jahilliyah terhadap semua pengikut ajaran PAS.

Institusi masjid kini tak lagi selamat jika dijangkiti oleh parasit-parasit yang bercop bulan ini. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan kegilaan puak khawarijj hijau ini berterusan merosakkan kesyumulan Islam didalam negara.

Seburuk-buruk penyokong kerajaan, tiada pula khatib masjid seluruh negeri yang mendoakan Tsu Koon semasa sebelum PRU12 dulu. Tapi inilah yang berlaku bila masjid dikuasai puak totok PAS. Kalau bukan sesat dan akidah terseleweng, apa lagi yang kita boleh panggil kepada beruk-beruk berpunggung hijau dan berserban ni?

Advertisements

3 thoughts on “Doa utk Father Joseph didalam khutbah Jumaat bukti PAS semakin sesat !

  1. ada bukti ke…? kami nak tengok/dengar jugak…

    Like

  2. Astagfirrullah… Ulamak2 dalam Pas kene bertanggungjawab terhadap perkara ini… Gerakan Timur kelu. Sesat lagi menyesatkan!!!

    Like

  3. ada bukti ka?
    he he… sejak bila pulak orang PAS guna bukti? selama ni orang PAS main bedal je apa yang diberitau.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s