Azizan dan PAS Sejahtera, Rakyat Kedah Sengsara.

Oleh che wan (myKMU)

Siapa yang patut dipersalahkan apabila kejadian banjir lumpur yang paling teruk direkodkan melanda daerah SIK Kedah hingga mengakibatkan 6 buah kampung telah ditenggelami lumpur sedalam setengah meter?

Apakah cukup sekadar hanya menyalahkan kejadian alam tanpa kita meneliti sebab sebenar peristiwa ini berlaku?

Hakikatnya, punca kejadian banjir lumpur yang teruk ini adalah hasil dari penebangan tanpa kawalan terhadap kawasan tadahan air di Hutan Simpan Rimba Teloi yang diluluskan oleh kerajaan PAS negeri Kedah.

Kerajaan PAS negeri yang diterajui oleh Ustad Azizan Razak sebelum ini amat berbangga dengan hasil balak yang dikeluarkan dari hutan-hutan negeri tersebut.

kawasan tadahan air

Malah, Azizan juga mewar-warkan bahawa pada penghujung Oktober 2009, kerajaan negeri berjaya menghasilkan pulangan premium balak sehingga RM 35 juta berbanding sebelum ini antara RM7 juta hingga RM8 juta pada zaman pemerintahan UMNO dan BN.

Ini kata Azizan adalah disebabkan oleh dasar kerajaan memperkenalkan tender terbuka.

Pada tahun 2009 sahaja, kerajaan PAS negeri telah memperuntukkan sebanyak 2’430 hektar kawasan hutan negeri Kedah sebagai kawasan pembalakan. Ada aduan dari penduduk bahawa penebangan hutan bagi tujuan pembalakan kini sudah amat kritikal memusnahkan kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air.

Tindakan kerajaan PAS negeri memberikan lesen kepada 10 syarikat bagi tujuan penebangan balak juga adalah amat meragukan. Walaupun ia dikatakan melalui sistem tender terbuka, apakah proses pemberian lesen ini benar-benar telus dan juga mengikut kawalan?

Dan, apakah pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan mampu untuk megawal selia setiap penebangan balak yang dilakukan oleh setiap syarikat ini di negeri tersebut? Saya mendapat tahu bahawa bukan hanya balak yang bersaiz besar sahaja yang ditebang, balak yang bersaiz kecil sebesar lengan pun diangkut sama dari kawasan hutan Kedah !

Jadi, tak hairanlah jika kejadian seperti banjir lumpur ini berlaku kerana penebangan balak tanpa kawalan telah terjadi di kawasan tadahan air.

Kejadian banjir lumpur di 6 kampung Sik Kedah ini membuktikan bahawa kerajaan Azizan tak mampu mengawal dan mengambil sikap lepas tangan mereka berhubung dengan proses pengambilan balak negeri. Rakyat ternyata menjadi mangsa dengan kerakusan Azizan dan konco-konconya mengaut hasil kekayaan negeri Kedah.

Tiada lagi kawasan penahan bagi air hujan dan juga tiada lagi kawasan tadahan bagi menghalang banjir besar berlaku akibat dari kelulusan pembalakan oleh kerajaan PAS Kedah yang jelas gilakan keuntungan melalui hasil balak.

Disaat pemimpin-pemimpin PAS seperti Ustad Azizan dan kroni-kroninya berbangga dengan hasil rompakan pembalakan, rakyat Sik Kedah terpaksa menanggung bencana dari perbuatan lebai-lebai berketayap PAS yang menguasai negeri.

Inilah hasilnya jika seseorang seperti Azizan dan pemimpin-pemimpin PAS Kedah lain yang tak tahu mengurus dan mengawal selia perbendaharaan negeri diangkat untuk menjadi pentadbir di Kedah.

Biarpun kerajaan Umno dan BN dahulu menghasilkan pulangan pembalakan yang sedikit, ia sebenarnya dibuat dengan mengikut sistem serta mengambil kira segala aspek keselamatan. Sebaliknya, Azizan yang berbangga dengan jumlah hasil balak yang meningkat dua tiga kali ganda dibawah pentadbirannya, telah menyebabkan 1500 keluarga di Sik Kedah sengsara.

Inikah pemimpin yang mampu menjaga serta melindungi rakyat? Malah, difahamkan, sehingga kini masih belum ada seorang pun wakil dari kerajaan negeri PAS melawat ke kawasan banjir lumpur di 6 kampung Sik Kedah !

Mungkin mereka mahu menunggu air surut sepenuhnya dan juga rumah-rumah dan jalan-jalan dicuci cantik-cantik untuk kereta mewah mereka lalu dan dilawati oleh mereka.

Slogan negeri Kedah kini patut ditukar kepada “Pemimpin Sejahtera, Rakyat sengsara”.

Advertisements

One thought on “Azizan dan PAS Sejahtera, Rakyat Kedah Sengsara.

  1. Kalau Aku, Kalau Orang Melayu Islam memerintah aku akan memberi SOKONGAN 100%..dan bukan mencari KESALAHANnya dan KELEMAHAN malah membantu…
    Itu lah sifat peribadi Rasullulah..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s