Edisi Terjah !!! Lawatan Khalid ke kilang arak utk mengutip dana pilihanraya?

Khalid Samad yang amat terkenal dengan pro gerejanya telah kembali dengan kontroversi baru apabila melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Carlsberg di Shah Alam.

Apa yang menarik ialah, Khalid telah berjaya mencatat sejarah menjadi wakil rakyat yang pertama melawat kilang berkenaan sejak lebih 30 tahun ianya ditubuhkan. Khalid juga menjadi wakil PAS yang pertama yang mesra kilang arak di negara ini.

Tindakan Khalid gereja mengunjungi Kilang Arak ini telah membuatkan seluruh totok-totok PAS di seluruh negara lari bertempiaran sambil menutup muka tak hensem masing-masing akibat malu yang tak tertahan.

Blog-blog pro Pakatan juga senyap sunyi bagaikan dilanda garuda dek penangan kontroversi baru Khalid ini. Cuba bayangkan jika Hasan Ali yang melawat kilang Carlsberg ini, pasti riuh rendah goBlog Pakatan memainkan isu tersebut.

Di khabarkan, Nik Aziz juga terpaksa diberi rawatan CPR akibat tercekik budu apabila diberitahu bahawa Khalid Samad bergambar didalam kilang arak tersebut sewaktu dia sedang makan tengah hari kelmarin.

Hadi Awang juga diberitakan telah koma 10 minit sewaktu menjala di Pantai Rusilla akibat terlampau terkejut mendengarkan keberanian Khalid Samad mengharumkan nama PAS di arena politik negara dengan menjalinkan hubungan intim bersama tauke kilang tersebut.

Tetapi, suara rasmi PAS iaitu Haprakah cuba menutup isu ini dengan mengatakan bahawa tindakan Khalid tersebut ialah di atas keputusan peribadinya sendiri. Ia langsung tiada kena mengena dengan PAS ataupun yang sewaktu dengannya.

Namun, ada sumber atas angin yang memberitahu bahawa kunjungan ke Kilang Arak tersebut adalah bersangkut paut dengan projek baru PAS dan Pakatan iaitu kutipan derma yang dinamakan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM 20 juta bagi mempersiapkan mereka ke Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Majlis kutipan derma TIRAM ini akan dirasmikan oleh Nik Aziz di Stadium Malawati dan derma akan dikutip melalui sumbangan tempahan meja makan malam.

Mungkinkah kunjungan Khalid Samad akan berjaya membuatkan tauke Kilang Arak tersebut bermurah hati menyumbangkan dana bernilai RM juta-juta melalui tempahan meja di majlis tersebut untuk PAS dan Pakatan ?

Wallahualam.

Advertisements

6 thoughts on “Edisi Terjah !!! Lawatan Khalid ke kilang arak utk mengutip dana pilihanraya?

  1. Ni yg di katakan menghalalkan apa juga cara utk mendapat sokongan dan kuasa…klu berdepan dgn org Islam dia jual ayat2 Al Quran tpi depan org cina lain pula ceritany..ni jga yg dikatakan bermuka muka sanggup mengunakan apa sja hanya utk kuasa dan ingin berkuasa wlupun dgn mengunakan agama….

    Like

  2. Lah… agaknya si khalid ni orang Johor ye? Aku ingat keluarga dia ni di antara pejuang bangsa. Rupanya, ada juga kelapa komeng. Khalid ni tidak rupa orang PAS pun. Kalau DAP lebih sesuai.

    agbr47: Dah alang-alang melacur, melacurlah puas-puas.

    Like

  3. Take beerr !! Take beerrrr !!!

    Like

  4. ingatkan nak tutup..rupanya nak beri galakan…hahaha

    Like

  5. Khalid tu kan macam wakil Gereja. Mula2 bagi buat Program Pengkristianan besar-besaran di Shah Alam. Lepas tu kenalah melawat Carlsberg untuk tajaan kot…

    Like

  6. Nampaknya barua UMNGOK semua bukanlah orang yang berilmu tentang agama kot sebab tu atikel yang di tulis nampak seperti tidak berilmu dan bersifat rasis semata2.

    Encik kalid samad adalah ahli parlimen shah alam dan beliau telah pergi ke sana adalah untuk berbincang dengan wakil syarikat arak yang telah diluluskan oleh pemimpin UMNGOK bagi mendirikan stesen bas shah alam.

    Sekiranya syarikat arak UMNGOK itu mahu memindahkan kilang bagi pembesaran kilang, maklumlah syarikat arak ini sangat berkembang maju mungkin disebabkan semakin ramai orang UMNGOK minum air kencing syaitan ni.

    Difahamkan juga ada pekerja kilang arak ini yang berbangsa melayu dan beragama islam, mesti ahli UMNGOK semua ni, dan difahamkan juga ada surau telah disediakan di kilang ini dan terdapat juga satu badan kebajikan pekerja islam di kilang ini,

    Jadi tujuan khalid samad juga adalah untuk mendapatkan maklumat pekerja kilang beragama Islam bagi berdakwah pada mereka untuk meninggalkan pekerjaan terkutuk ini,

    Dahlah kerja kilang arak pastu siap boleh buat surau lagi, apalah semua ini berlaku dimalaysia yang ditadbir UMNGOK.

    Adakah slogan 'malaysia boleh' UMNGOK boleh buat sesuka hati tanpa kira halal haram, dimana perginya mufti bagi menegur sikap pemimpin UMNGOK ni, amat jijik perbuatan mereka.

    Dulu,kini dan selamanya UMNGOK !!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s