Nurul Izzah yakin PAS tolak UMNO.

Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai dan juga anak kepada De-Facto PKR Anwar Ibrahim, percaya bahawa pemimpin-pemimpin PAS akan setia dengan Pakatan Haram.

Nurul Izzah juga percaya pemimpin-pemimpin PAS akan menolak sebarang kerjasama ataupun perpaduan dengan UMNO. Ini berikutan jaminan yang seringkali diberikan oleh Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin ketika pertemuannya dengan beberapa pimpinan tertinggi PKR.

Kenyataan Nurul Izzah ini sekaligus membuktikan bahawa PAS tidak mampu membuat ketetapan sendiri untuk partinya didalam kerjasama diantara bangsa melayu dan Islam dalam negara.

PAS yang sebelum ini juga terpaksa akur dengan desakan tidak menyebut tentang negara Islam dan juga tentang hukum Hudud diatas permintaan DAP, kini ternyata sekali lagi terpaksa “tunduk” didalam isu kerjasama perpaduan diantara bangsa melayu dalam negara.

Terbukti sudah bahawa PAS hanya jaguh kelas ketiga didalam Pakatan Haram yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim apabila “anak hingusan” seperti Nurul Izzah ini juga mampu bercakap tentang arah yang PAS patut tujui.

Pemimpin-pemimpin politik didalam PAS hanya ibarat boneka kepada PKR dan DAP dan menjadi pencacai menjalankan kerja-kerja kotor kedua-dua parti tersebut.

Walaupun jika diikutkan kelebihan pengalaman yang dimiliki oleh parti PAS, ianya tak ubah hanya umpama Harimau yang tua tak bergigi didalam Pakatan Haram.

Ini diparahkan lagi dengan penyakit nyanyuk yang semakin teruk dialami oleh harimau tua ini menjadikannya bahan jenaka kepada masyarakat negara.

Inilah nasib PAS. Hanya kerana sekelumit kuasa dan juga kedudukan, ulamak-ulamaknya sanggup menjatuhkan maruah mereka dengan membuang serban serta menyingkapkan jubah untuk menari mengikut rentak kafir harbi DAP dan alunan muzik sekular PKR.

Jika Nurul Izzah sendiri mampu merendahkan kredibiliti PAS dengan mengarah itu dan ini untuk parti tersebut, apakah lagi yang mampu diharapkan oleh parti yang kononnya hebat ini?

Advertisements

4 thoughts on “Nurul Izzah yakin PAS tolak UMNO.

  1. Dulu Anwar tlh meliwat minda ularrmak2 pas, skrng ni giliran anak dia N.Izzah pulak…Pas mmg bangang dulu,kini dan selamanya..

    Like

  2. KEMANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TAK KE NASI…INILAH YANG DIKATAKAN BAPAK BOREK,ANAK RINTIK….

    Like

  3. Pas dah tk mmpu nk perjuangkn nasib partinya..semuanya trpaksa ikut telunjuk phk lain..Pas dh bkn mcm yg dulu dahhh..

    Like

  4. nurul izzah terpaksa mengeluarkan kenyataan begitu kerana jika tidak nama dia yg sedia tercalar dgn pelbagai kontroversi akan menjadi lebih teruk tanpa sokongan kumpulan totok pas

    JenGLoT

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s